Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Thursday 19 January 2012

apa yang org patut buat as a blogger nieyh...?

fuh...penat2..balik dari test lesen terus update blog...mmg xhilang lagi penat bin lelah aq nih...tp sokey2 coz aq ade something nak share2 kat korg nie yerk hehehe ^^

Seriusly ! Entry Ni , Panjang Berjeler . Hope korang baca neyy .
Penting kepada bloggers macam korang ! ^_^


Heypp . aq nak kasi tips lagi nih ~ Korangg suka takk ?? hehehe ~
suka...?? JOM TEKAN SINI DULU !! :)

Ok . Now kita mulakan ye . ~~
Bagi korang apa yang perlu dan tidak perlu korang lakukan sebagai seorang blogger ? 
Pasti ramai yang tak tahu nak buat apa sebagai blogger yang bagus kan ? Kalau ada yang tahu , cepat angguk kan kepala korang laju - laju 177 kali  Macam Ini :
  
Macam nak pecah dah kepala mamat kat atas ni kan ? =,=
huhu . Ok ! Sudahh ~ Sudahh kita teruskan !


Apa Yang PERLU Anda Lakukan Sebagai Seorag Blogger Yang Hebakk ! 
  
1. Niat Seikhlas Hati 
"Sahaja Aku Berblog kerana $$ " Err ~ Ada tak dekat sini yang niat kerana $$ ? Ehh , tak boleh lah gitu . Niat mestilah ikhlas . Contoh macam aq .. aq berblog ni , niat sebab nak tolong para bloggers yang ada masalah dalam berblog ni . Perghh ! Bajet otai abess lah aku nih . Buat macam semua taww ! HAHA .

2. Tentukan TARGET Kita 
Wahh ! Ini memang patut ada pada setiap blogger . Bukan maksud aq macam , "Target aku , aku nak berblog ni sebab nak jadi kayo-rayo nak dapat kan sumber kewangan dari En.Nuff beratus riban !" Nak $$ je . Tapi tak nak taip apa-apa ! " Eh . eh.. korang .. boleh ke macam tuh . Ada hati nak nak $$ beratus riban , tapi sedikit pun tak usaha langsung . Mana boleh macam tuh . So , nak berblog , kita mestilah ada perancangan . Ye dakk ?? =.=

3. Entry Yang Simple dan Bermanfaat 
OHH yeah . Entry yang simple ,  lagi seronok dibaca jika nak dibandingkan dengan entry yang panjang berjelar sampai nak scroll ke bawah pun termengah-mengah jejari runcing ni . hehe~ Ye dakk ? Ok . Tips nye , kalau nak orang baca blog kita , tulis lah entry yang simple , ringkas , tetapi penuh dengan cerita yang bermanfaat kepada semua . Tips ? Informasi ? Isu Semasa ?Benda-benda itu semua .. sangat bekmakna dan bermanfaat untuk semua kan ?

4. Terjah Setiap Hari Blog Otai dan Cari Info atau Tips Berguna
aq selalu jugakk terjah blog-blog otai . Dari situ , kita akan dapat banyak informasi dalam blogging . Tak kira lah apa-apa pun kan . Seronok terjah blog otai ni . Kita akan jadi lebih bersemangat untuk berblogging .Betul ! Percaya lah cakap aq ^^v




Apa Yang TIDAK PERLU Anda Lakukan Sebagai Seorang Blogger Yang Hebakk !


1. Jangan Terlalu Mengejar Follower
Ishk ! Ishk ! Ishk . Nasihat aq , jangan lah korang terlalu kejar-kejarkan Follower ! Ingat tuh . Siapa yang terlalu mengejarkan follower tu , cepat je kangg , blog diorang akan hancuss .Jangan pasang niat macam tuh . Seharusnya , kita kita fikirkan idea-idea yang menarik untuk ditulis dalam entry supaya ramai yang gemar untuk membacanya . Jangan lah pulak nak memaksa orang ." Eh kau ! Baik Kau Follow Aku ! Kalau Tak , Aku Cekik Kau Sampai Mati !"Ishkk ~ Ishkk ~ Memang ganas ! Tak baikk ooo macam tu . Orang nak follow ikut suka dia lah nak follow atau takk . Ye ark ??

2. Eip ! Jangan Tiru and Copy Entry Aku !
Ahaaa . Tu lah manusia zaman sekarang .. Tahu nak meniiru je kan ? HAHA . Macam dah tak de idea lain pulak nak bersondol copy2 entry kita kan ? Mana boleh macam tu . Boleh jadi satu isu kalau kita copy atau tiru entry orang lain . Mana lah orang tak marah . Orang tu penat-penat taip , korang sesedap air limau ais je nak copy kan ? Kesian kat diorang taww?

3. Bahasa Bapak Gila Baku ! Jangan !!
Hahahaha . Ada tak sesiapa kat sini yang suka tulis entry "Bahasa Bapak GILA Baku" . Apa benda tu kann ? Korang tak paham ? ehek . Tak de lah . Bunyi macam kasarkan ? Tapi , maksud aq , korang pernah tak tulis ayat segala bagaii macam ini :
"Pada suatu hari , semasa berjalan-jalan berdekatan dengan sekolah tutt .. Saya terserempak dengan seseorang . Saya terdiam dan terfikir sejenak ."
Cehwaahhh . Gila Baku Ayat kau heh ? Bosan lahh Macam tuh . Make it more interesting ok?

4. Jangan Bandingkan Kita Dengan Blogger Lain !
Ingat tuh . Benda ni , mesti ada yang berlaku antara bloggers2 kan ? Jangan ! Jangan bandingkan dengan blogger lain . Misalnya , "Kita blogger biasa je . Orang ciket pun tak kenal . Lain lah dia tuh . Femes Emes! Semua kenal . Kalau aku update pun , bukan orang nak baca pun ! Buang masa aku ja !" Aduhh . Ada jugak yang fikir macam tuh yer ?
PLISSS ! Buang jauh - jauh perasaan macam tu . Ingat ! Dulu - dulu , bloggers yang femes tu pun mula dari bawah jugakk . Bukannya diorang terus-terus je jadi femes kan ? Haa.. renung-renungkan lah yerr ^^v

No comments: