Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Saturday 31 December 2011

HAPPY NEW YEAR 2012!!!!!

umur berapa skrg.....?

18 tahun...

eh2 da 18 tahun da skrg ek....makin tua laaa...

hey2 ko jgn sebut tua okaip!! makin cute gituh hahaha!!!

tu la dialog yg harus aq tempuhi sepanjang musim tahun baru nieyh kan...adoi....bunyi mesej xhenti2 sent wish new year kat aq..pape un thanks u all :) ...tepat jam 00.00 bertarikhkan 1/1/2012,mase tuh aq ade kat kuantan singgah berhenti makan jap...yela baru balik dari JB hehehe...jalan mmg sesak gile ditambah dgn dentuman bunga api mmg meriah aq ckp! tp x lame tuh hujan pulak...aq un xsure cm ner dieorg nak sambut hujan2 tuh coz aq xpergi pun kat dataran tuh..sesak sangat..aq tengok un da pening...xsanggup beb hahaha!
dari kuantan nak balik ke terengganu saje dekat 4 roadblock yg kena lalui.... yg nek motor tuh xpayah ckp la..lebih2 lagi budak muda nieyh ni..aq xpasti masalah pe dieorg tuh..maybe xde lesen kowt...rela patah balik berhenti kat kedai tunggu sampai polis habis wat roadblock ue.. yela nak ikot jalan lain,kat situ da xde dah...cuma tu je lah satu2 nye jalan nak pergi ke kemaman dari kuantan ue..

herm...ckp sal sambutan tahun baru ni..aq tgok majoriti nye melayu..pe hal la mengalahkan org lain! awal muharam xde nye nak disambut sampai mcm tuh sekali..nanti esok lusa adelah kes2 jenayah yang terpampang dekat muka akhbar..menyakitkan mata dan hati..!pastu amik tindakan..mula lah jail tu penuh mcm air banjir!
nak salahkan sape skrg nieyh..? masa awal2 xnak bendung semua ni..bila dah terjadi baru lah semua pihak bukak mata...her... no komen...faham sgt lah tu..realiti dunia akhir zaman :'(



ok stop2..hari nieyh aq ade subtopic na discuss....hehehe...ENTRY CURANG..!! ^_^


Pernahkah you all terfikir, mengapa lelaki berlaku curang?… Adakah mungkin kerana wanita lain lebih lawa lagi?

Ramai wanita menjawab, “Nama lagi lelaki…memanglah curang!…tak boleh percaya!” Namun yang nyata jawapan itu tidak akan membuatkan wanita merasa tenang pun. Menyakitkan hati lagi ada. In general, it’s down to individual, actually.

Pada pendapat aq, lelaki tidak mempunyai sebarang sebab mengapa mereka berlaku curang. Mereka tidak mempunyai alasan kukuh, malah jika ditanya dengan lelaki itu sendiri, semua jawapan yang diberi seolah-olah mereka sendiri juga tidak tahu apakah sebab utama sebenarnya.

“Tapi mungkin kerana, pasangannya dah gemuk, tidak seperti di awal perhubungan? ”

If ever bro yang berlaku curang, maybe bro sendiri tidak tahu menjawabnya. You know, kadang-kadang tu aq sendiri terasa nak tergelak mendengar alasan-alasan yang diberi apabila lelaki-lelaki ini tertangkap berlaku curang. Pernah dengar alasan, “I rasa tersisih semenjak kita ada baby…you lebih pentingkan baby dari I…itu yang I cari ’Baby’ lain!”

YES, memang dia orang tahu apa yang dia orang nak…tetapi untuk memberi sebab utama, mulalah terkial-kial dengan berbagai alasan yang tak masuk diakal pun sempat direka ciptanya :-

Kata lelaki, Masa awal-awal dan masih cinta…

“Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.”
“You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”
“I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”
“I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”
“I’m a good listener, you can talk about anything to me.”

Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…

“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
“You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
“You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
“Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
“You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”

Aiih…cepat bebenor berubahnya ya…Hehehe…terkena kaum lelaki minggu ni. Tapi relax arrr…bukan aq nak menyalahkan sesiapa cuma aq sendiri curious and wondering, why do men cheat on women?!

Tidak ingatkah janji you all pada yang tersayang dulu-dulu? Mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati pulak melukakan wanita?…aq ade bertanya pada seorang lelaki yang pernah curang dengan isterinya sehingga membawa kepada berkahwin dua, nama dia Tam. “Encik Tam, best ke ada dua isteri ni?”

Jawab Encik Tam, “Dalam 10, sedapnya hanya 1…tak sedapnya ada 9!”

“Habis tu, buat apa Encik Tam kahwin lagi satu kalau macam gitu rupanya?” tanya bro.

“Masa tengah gatal dulu, tak tahu…jadi saya kahwin lagi satu, tapi setelah setahun kahwin, dah ada anak…rupa-rupanya sama aje. Balik-balik jadi macam bini yang pertama jugak!…Sekarang, mulailah nak menggatal cari yang ketiga!”

”Ai, Encik Tam…biar betul!”

“Hehehe…gurau aje..tak larat dah aku pun.”

Jadi, kesimpulannya hari ini, basically…

You berlaku curang hari ini, sedapnya hanya seketika. Hakikatnya, apabila you bersama yang pada pandangan you lawa, cantik dan masih sexy itu…apabila sudah beberapa lama…you akan JEMU jugak akhirnya.

I guess that’s the answer!!…LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN with the same girl all the time. Bila dah jemu, mulailah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah wanita yang sama sahaja. Kesian orang pompuan!

Nasihat aq kepada kaum lelaki :

Carilah wanita yang benar-benar you suka. Sukakan segala-gala tentangnya. Suka cara bercakapnya, suka lenggoknya, suka personiliti…suka semualah. Kemudian bayangkan yang you akan grow old together…kalau boleh nampak bahagia…then bro pasti cinta akan hadir dengan sendiri, mengikat hati anda berdua.

Nasihat aq kepada kaum wanita :

Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan anda berdua agar pasangan anda tidak mudah jemu. Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, ubah cara sentuhan dan panggilan! Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan. Kalau biasa duduk belah kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula. Kalau semua dah biasa…fikirkan sesuatu agar everything menjadi luarbiasa. Barulah happening dan teruja pasangan anda tuuu…

Alright semua…so, apa pendapat anda pula?…adakah cara-cara lain yang boleh anda fikirkan untuk dikongsi bersama?…keluarkan apa yang anda rasa boleh membantu antara satu sama lain and let it out here.


kat sini aq jugak nak kasi tawu 8 tanda pasangan korg dah mula terjebak dalam dunia curang nieyh hehehe..
antaranya ialah :

1) kurang memberi perhatian pada diri anda
2)byk menghabiskan masa ditempat lain
3)tidak berminat dgn persekitaran dirumah
4)menjawab panggilan telefon secara sembunyi
5)melayari internet sehingga tengah malam
6)perubahan terhadap hubungan intim #bg yg dah berkahwin#
7)bil pembayaran yang luar biasa
8)x memakai cincin yang diberikan
bagaimana nak hadapi pasangan yang curang ni...?
herm..bukan senang sebenarnya nak atasi masalah ini..ade setengah pihak tuh siap cek phone setiap kali berjumpa..! cek fb dan sebagainya! hello.?mana sikap kematangan korg semua haa.....bukan tuh caranya...
mungkin korang boleh try :

1-Terima dengan tenang: Apabila mengetahui si dia curang, anda pasti akan berasa sedih dan mungkin melakukan perbuatan di luar kawalan. Sebaiknya, cuba selidik sama ada ia benar-benar berlaku atau hanya anda yang terlebih cemburu.
2-Cuba berbincang: Jika ia benar, cuba ajak pasangan berbincang dan tanya kenapa dia bertindak sedemikian. Jangan pula menjadi terlalu emosi sehingga memaki pasangan. Tarik nafas dalam-dalam apabila anda berasa terlalu marah.
3-Bermuhasabah diri: Anda perlu ingat musibah yang berlaku diturunkan oleh Tuhan. Ia adalah sebagai dugaan kita di muka bumi. Mungkin ia sebagai balasan terhadap sesuatu yang pernah anda lakukan dahulu atau sebagai satu cara Tuhan menguji kita.
4-Dekatkan diri kepada Tuhan: Tidak kira apa jua kepercayaan anda, dekatkan diri dengan Tuhan. Ia mampu memberikan ketenangan yang sejati. Berdoalah supaya musibah yang melanda berakhir seperti yang anda ingini.
5-Cari teman untuk berkongsi masalah: Masalah perlu dikongsi dan jangan dipendam kerana ia hanya memburukkan keadaan. Anda juga akan menjadi lebih muram serta tidak mampu melakukan tugasan harian jika terus menyembunyikan masalah yang sedang dihadapi.
6-Kenali kekurangan diri: Percaya atau tidak, anda merupakan sebahagian daripada punca kecurangan. Mungkin anda seorang yang perengus, kuat membebel, tidak hormat kepada pasangan, tidak suka memasak, pemalas atau pengotor. Kenang kembali saat pertama anda bertemu pasangan dan mengapa dia tertarik kepada anda. Mungkin tarikan itu telah hilang. Cuba lihat pada diri sendiri dan cari apa yang disukai oleh pasangan.
7-Cuba perbaiki diri: Ubah segala kekurangan diri. Jangan terlalu memaksa dan cuba buktikan bahawa anda layak untuk disayangi. Tidak salah anda berubah demi kebahagiaan keluarga.

*APABILA timbul masalah seperti pasangan curang, anda tidak perlu memberontak. 
8-Tumpukan perhatian terhadap keluarga: Mungkin anda mengabaikan keluarga dan pasangan. Sebab itulah, mereka mencari kebahagiaan di luar. Luangkan masa hujung minggu dengan sebaiknya seperti melakukan aktiviti riadah atau makan malam bersama. Libatkan seluruh keluarga dalam proses tersebut.
9-Lakukan aktiviti: Apabila terlalu runsing, ramai yang memilih untuk menyendiri. Sebaiknya, sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan anda terlupa seketika masalah yang dihadapi. Bagus juga jika anda dapat meluangkan sedikit masa di pusat kecantikan atau spa untuk menghilangkan tekanan.
10-Dapatkan nasihat pakar: Jika masalah berpanjangan dan penceraian mungkin berlaku, dapatkan nasihat pakar dan ajak pasangan menghadiri sesi kaunseling. Demi kebaikan keluarga, berdamai adalah jalan terbaik untuk dilakukan.
ok lah..selain tu aq just nak kasi tawu korg kenalah ade sikap saling mempercayai antara 1 sama lain...and kadang2 kesilapan curang berlakunya kerana kesilapan kita sendiri... so nak selesaikan masalah perlulah secara profesional...bukan emosi taw..! smile :)




No comments: