Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Saturday, 1 December 2018

MAJLIS PERTUNANGAN CHENTA

Ehem. Sebenarnya berkali-kali aku berfikir, sama ada mahu update pasal pertunangan aku ke tak. Sebabnya bertunang je pon, bukan nikah. Lagipun untuk majlis pertunangan ini lebih baik kalau tak digembar-gemburkan. Tapi sebab aku fikir majlis perkahwinan hampir tiba so alang-alang tu biar aku update terus je dalam blog ni. Lagipun dah lama sangat tak update blog. Sakit mata aku bila bukak blog medicalchenta. Balik-balik entry ituuuu je. Sebelum tu aku nak mintak maaf ya kalau entry ini menyebabkan ketidakpuasan hati mana-mana pihak. Aku takde niat nak berbangga diri ke atau nak kepoh ke apa. Cuma nak abadikan kenangan indah dalam blog ini :) Lagipun takda apa pun yang nak dibanggakan, semua orang pon bertunang jugak sebelum kahwin kan dan majlis aku ni pun buat secara kecil-kecilan saja.So aku harap masing-masing dapat membaca entry ini dengan hati yang gembira!

Alhamdulillah pada tanggal 29/6/2018 aku selamat menjadi tunangan orang.Kalau nak ikotkan Islam, kitorang dah bertunang lama dah (he came to meet my parents and they have agreed on that). Kalau ikotkan adat pula, kena la buat majlis pertunangankan sebagai tanda persetujuan.

Setelah 7 tahun perkenalan kami sejak zaman sekolah, tepat jam 11 Pagi hari Jumaat, urusan pertunangan aku selamat. Terima kasih buat keluarga aku,keluarga tunang aku dan tunang aku. Buat tunang aku, terima kasih sebab bersungguh-sungguh nak halalkan aku dan terima aku untuk jadi sebahagian dalam hidup even aku ni nakal hehe. Betul lah orang kata, Allah dah aturkan segalanya,bila sampai masanya insyaAllah semua dipermudahkan. Niat nak kahwin ni sebenarnya dah lama dah,since aku tengah buat degree tahun 2 lagi,dah siap bincang dengan keluarga tapi belum sampai masanya. sekarang mungkin baru betul masa yang sesuai. 

Allah is the best of planner.

sesi sarung cincin.masa ni aku nervous. menggigil nak salam bakal mak mertua haha! Ni kali pertama aku berjumpa keluarga dia. 

Untuk majlis pertunangan ni memang dah plan nak buat sesimple yang boleh. makeup dan baju semua buat sendiri. Gubahan hantaran pun buat sendiri. Pada aku tak perlu membazir, tak perlu bebankan sesiapa. Yang penting boleh tunang hehe.

My engagement ring! Thank you so much! Its really beautiful!

Ni cincin tunang including merisik hehe. Masa merisik takde bagi cincin pun sebab aku memang request tak nak cincin. Pada aku tak perlu nak menyusahkan pihak lelaki, merisik je pun. By the way, family tunang aku datang merisik around dua bulan sebelum bertunang. Masa waktu merisik, aku takde pada hari kejadian dek kerana sibuk berjuang didalam dewan menjawab test.

Gambar tunang bersama tunang aku tiada ya memandangkan keluarga kami masing-masing amat menitikberatkan penjagaan ikhtilat sebelum kahwin so tunggu kahwin  nantilah baru bergambar bersama. Lagipun orang tua kata tak manis dipandang ye dak. Masa majlis pertunangan ni pun kami cuma bertentang mata dari jauh je, bercakap pun tak, makan hati betul haha. Dulu time dating biasa adik aku teman, tak pun kawan aku tapi tak la selalu then tiba-tiba kami terpaksa berjauhan. Dulu tunang aku kerja dekat dengan tempat aku study. So agak lama juga kami tak berjumpa, agak bertahun tup-tup tunang. 



sesi perbincangan ahli keluarga

Terima kasih kepada semua yang sudi menjayakan majlis kami. Maaflah cuma mampu menjemput saudara-mara, jiran-jiran dan rakan-rakan terdekat je. Majlis pertunangan ni dibuat secara kecil-kecilan. Doakan moga ikatan kami sampai ke syurga,Ameen.

My wedding card

InsyaAllah Majlis Perkahwinan berlangsung pada bulan 15/12/2018. Doakan moga semua dipermudahkan.

No comments: