Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Tuesday 4 December 2018

MAJLIS KONVOKESYEN : Chenta Graduate

Masa zaman aku study dulu, aku pernah rasa sangat tertekan sampai rasa lutut menggigil dan susah bernafas. Walaupun kadang-kadang stress itu datang dari hal yang kecil-kecil namun jika tidak kena correct timing, hal yang sekecil zarah boleh mendatangkan beban kalau dia accumulate secara berlebihan.Banyak kali cuba menafikan perasaan sendiri supaya dapat move on secara positive namun sebagai manusia biasa, ada masa kita break down dan mulalah perasaan negative itu menyelubungi diri. Boleh tak kalau tak nak jadi dewasa? Boleh tak kalau tak nak tanggung semua benda sendiri? Boleh tak kalau nak ada parents disisi yang boleh settlekan semua benda? Boleh tak, nak berkepit dengan boyfriend supaya sentiasa rasa secure? Tiberkan emo. 

Salah satu kepuasan yang tak terhingga bila berjaya siapkan thesis ni. Kena buat dalam Bahasa Arab. 

Now Alhamdulillah, As years go by, setelah gigih membantung tulang 4 kerat, I then finally graduated from university with a Degree. That was the happiest moment in my life. For once, I've never seen my parents smiling all proud all the way through the ceremony.



With my belacan team aka 1 skuad masa tauliah pegawai dulu. 

With my jemahians, my bestie 1 kelas dari tahun 1 sampailah habis degree. 


For all those who ask me, s
hould I have work experience before pursuing a Master/PhD?

Actually pilihan ditangan masing-masing tapi based on my own opinion, aku lebih prefer kerja dulu dari buat master sebab rata-rata peluang pekerjaan tak pandang sangat background education tapi lebih kepada pengalaman bekerja! Sekarang ni yang berkelulusan lepasan SPM pun boleh dapat gaji setaraf dengan degree, master even phd sekalipun. Bukan aku cakap tak perlu sambung master, cuma pada aku biarlah ada kerja dulu sebagai asas atau tapak dalam karrier. Master still boleh buat secara part time kalau dah berkerja. Lagipun ada sesetengah syarikat yang menawarkan untuk membayar yuran pengajian kepada staff yang sambung belajar! Senang sikit even nak buat master tapi dah ada kerja siap-siap, tak perlu lagi nak sibuk untuk apply kerja. Bila dah siap master, terus dapat offer letter untuk kenaikkan pangkat.

Itu sekadar pandangan peribadi aku. Buat masa sekarang aku takde feel lagi nak buat master sebab tengah enjoy dengan dunia pekerjaan sekarang. Nak rest dulu otak dan fizikal ni dari hadap lappy, presentation, exam, hadap lecturer and so on. Penat kot jadi student! *macam tak ikhlas je nawaitu pergi belajar yek*

No comments: