Ensiklopedia Doktor Chenta

Friday, 13 September 2013

Yang Tertutup Itu Lebih Baik

Muhammad Ali,bekas juara ahli gusti dunia,siapa yang tak kenal tu boleh godek pakcik google minta tunjukkan sape muhammad ali ni . kalau lelaki mungkin dah similar dengan warna kehidupan dieorang tapi tak pasti lah keseluruhan atau pun tak sebab budak zaman sekarang ni lebih suka tengok cerita smackdown,cuci mata tengok lelaki yang bercawat err..... fullstop !

berbalik pada title,muhammad ali ni mempunyai seorang anak gadis yang bernama hanna. asalnya hanna ni merupakan seorang gadis yang cukup seksi tambah pula dengan kecantikkannya tanpa fondation,memang mampu lah untuk menggegarkan jiwa lelaki haha ! hanna ni memang kuat bersosial,suka lepak2 sampai kan ayahnya mula risau ! mak bapak mana tak risau kalau anak dah tak macam orang . 

pada suatu hari,muhammad ali mendapat ilham dengan tekad agar anaknya hanna itu berubah,lalu muhammad ali menasihati anak gadisnya dengan berkata

sesungguhnya sesuatu yang berharga itu sukar dicari kerana Allah melindunginya, jika kamu mencari kejernihan berlian & permata amatlah sukar kerna Allah lindunginya jauh kedalam lapisan tanah...jika kamu mencari mutiara yang berkilau amatlah sukar kerana Allah terbenamkan mutiara itu jauh ke dalam dasar lautan dan Allah sembunyikan pula dalam mulut sang tiram.. begitu juga jika kamu mencari emas yang berharga Allah telah sembunyikan emas tersebut dalam lipatan tanah yang sukar digali...kamu muslimat lebih berharga dari itu...muslimat yang berharga ialah mereka yang sembunyikan sesuatu yang berharga (kecantikkan) dari pandangan semua orang sebagaimana Allah sembunyikan berlian, permata,mutiara dan emas

lalu anak gadisnya yang seksi itu berubah menjadi seorang wanita yang dihormati.pakaiannya yang seksi itu bertukar dengan pakaian mengikut syariat islam dan berpurdah ! 



ingatlah,kecantikkan wanita itu lebih berharga dari segalanya ! jagalah ia,simpanlah untuk suami . tak kan nak bagi suami barang second kot . 

2 comments:

Bonda Qalish said...

Jemput join segmen saya.

http://penat-menaip.blogspot.com/2013/09/segmen-follow-me-by-salamah-ishak.html

AyaZuki said...

wanita sebaik perhiasan dunia :)