kasih daripada Allah yang tiada awal.tiada penghujungnya
hebatnya kasih Allah hingga sanggup membelamu dihadapan malaikat sewaktu malaikat mempersoalkan kewibawaan manusia mentadbir dunia dahulu !
tahukah dikau,Allah menghalau iblis dari syurga kerana iblis menghina manusia?
sewaktu dikau dilahirkan,ayahmu mengazankan ditelinga . Apakah perkataan pertama yang kau dengar?
ALLAH ..... lafzul jalalah ! inilah yang menjadi saksi hebat cinta kasih-Nya !
disaat kau masih kecil,dirimu lapar dan hanya mampu menangis tanpa tahu meminta, Allah gerakkan ibu untuk memberi mu makan ..
dikau belajar berjalan dan jatuh,kaki mu begitu lemah. Lalu,Allah arahkan kakimu agar mampu melangkah .
Pada usia kecilmu,Allah menghiburkan dirimu dengan hadiah2 dari manusia
sesiapa saja yang melihatmu pasti berasa kasih
disaat kau bermain,jatuh terluka, Allah lah yang pertama ubatkan !
kulitmu tercalar teruk,Allah ubatkan dengan kupin2 ubat yang sering dikau hina
Allah hanya mampu tersenyum,dan menghadiahkanmu kulit baru
apabila sakitmu masih terasa,Allah tidak pernah berhenti memberi pandangan yang penuh mesra ,sedang dikau memaki hamun tetapi Allah perintahkan pada malaikat agar dosa2 mu diampun !
dikau gembira,Allah yang menghiburkan
dikau sedih,Allah yang menemanimu
dikau dilanda masalah,Allah yang menyelesaikannya
dikau mempunyai cita-cita,Allah mengkabulkannya
tetapi pernah dikau bertanya tentangNya?
Namun Allah tetap duduk dekat denganmu !
disaat kau melakukan kemungkaran,Allah tidak mengazabmu tetapi Allah memberi peluang padamu untuk bertaubat
disaat ajal tiba,selagi roh mu tidak sampai ke kerongkong,Allah masih terima taubatmu
jadi,sebanyak mana dikau berikan pada Allah sebagai tanda bersyukur?
Allah menyuruh kau solat,puasa,tutup aurat tetapi kau tidak turuti
sedang kau melakukan dosa,Allah memandangmu dengan penuh rasa cinta
1 comment:
http://cikarnab.blogspot.com/
done follow your blog #2179. Follow abck my blog :)
Post a Comment