Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Sunday, 2 June 2013

Awek-Awekku Gangster

Biasa kalau chenta ada free time chenta akan habiskan sisa2 waktu chenta dengan novel2 yang kian berdebu dalam almari chenta tu . sibuk usya novel apa nak baca , chenta tertarik nak baca novel d'hati Anna Aisya karya Que Lyana Shuhaimi . Dalam novel tu ada 1 part yang menarik perhatian chenta , part hero sound direct dekat si heroin tu

perempuan tu harus ada sifat kelembutan dalam dirinya,harus ada sifat malu . bukan macam ni nak menunjuk awak tu hebat dari lelaki . kata2 itu bisa kalau tak dijaga.bisanya boleh membawa padah.jaga suara dan jaga bahasa .
memang sejibik kena atas muka heroin tu , almaklumlah gadis yang masih mentah semua benda baru dia nak buat . bila ditegur mula melenting dan inilah yang selalu terjadi dikalangan anak2 muda sekarang . bila ditegur makin mnejadi-jadi , ye dak ?

kadang2 benda remeh pun nak 1 dunia tau , u know what i mean ? terutamanya budak yang kemaruk bercinta lah siap bergaduh bagai dalam facebook dan kebanyakkan dari golongan perempuan . choi , malu la weh . lelaki gentle gila je , perempuan pula duk gila bayang .
tu tak termasuk lagi yang update serba bagai sampai nak buang air pun tulis kat status .

yang jenis suka cari pasal pun ada juga , update punya update lepastu kat bawah nota kaki tu tulis

mohon terasa :'D

haram jadah status macam ni . bila kawan tu terasa , pergi sound korang mula lah pakat tak mengaku

eleh , macam kita sound awak . perasan .

kalau rasa nak gaduh sangat tak payah lah nak heboh 1 dunia berlagak ayat macam dunia ni bapak kau yang punya , rasa berani sangat mention lah terus nama kawan tu . apa gentle main kias2 ni ye dak ? hehehe . 

tapi chenta memang broken gila kalau seorang perempuan tapi update status caci maki , sebut benda bukan2 . hey2, tak bermaruah lah kalau harap muka je cantik tapi mulut macam murai gila . bila orang komen , tegur salah silap terus kau hantar chat pergi serang makhluk tak bersalah tu . seriously , entah apa2 then bila hati dah rentung macam arang mula lah unfriend atau block fb member tu lepastu update status

aman sikit kau takde , aku benci kau

 ayoyo , main block lepastu kutuk belakang , nampak sangat kau gentar gila beb . stop kes fb ,kalau kat sekolah tu ada juga certain bergaduh kes pakwe . kalau bergaduh pun apa lah sangat setakat lawan mulut , tak pun main tarik2 tudung, tarik2 rambut , padan jadi bahan gelak lelaki je la .

one more thing yang jenis berlagak macam jantan , kalau boleh serba serbi nak tukar . yang jenis style tomboy tu satu hal , ada juga yang rugged konon2 aku lah minah rempit siap wheely bagai . muka penuh bangga je , dalam hati "aku lah hebat " padhal orang lain tengok pakat duk geleng kepala tertanya2

"anak sape la ni ye? makbapak dia tak marah ke?"

by the way girls , anda mampu mengubahnya . biarlah malu tu menjadi perisai diri , akhir zaman ni memang ramai lelaki duk gila kat perempuan rugged sebab realiti dunia akhir zaman ramai yang buta agama dari buta mata . yang jenis belajar agama , sekolah agama pun habis campak laut semua tu . yang jenis tak belajar agama ni pula tak payah lah poyo sangat nak berbahas macam majistret kat mahkamah syariah tu , sebelum nak cakap make sure ilmu tu ada . cari ilmu agama tu dulu , sekarang ni internet ada , buku ada , cuma nak belajar dengan tak nak je . ini tak , bila cakap suruh pakai tudung , suruh tutup aurat dengan berlagak cool boleh jawab

"saya tak nak hipokrit,lagipun nak buat kena ikhlas bukan terpaksa"

ewah2, kalau macam ni punya reason boleh lah nak ponteng solat , ponteng puasa bagai dengan alasan "nak buat kena ikhlas" .For your infomation cik adek , benda wajib ni even berat segunung pun kena paksa juga buat tau , kalau tak , tanggung lah dosa . tak payah nak duk bangga lah upload gambar free hair , orang duk puji comey2 . yang pakai tudung tu pula kalau jenis menggoda dan menarik perhatian lelaki pun dapat saham dosa juga termasuk yang tukang like gambar tu , dapat saham dosa cash .

chenta tau chenta ni bukan baik sangat kan nak cakap macam korang tapi chenta tak nak sebab setitik nila rosak susu sebelanga ok , sama2 lah kita perbaiki ke arah yang lebih baik InsyaAllah .

No comments: