Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Tuesday, 28 May 2013

Dosa-Dosa Yang Sering Diremehkan Lelaki Dan Wanita

makin lama makin ramai umat islam yang leka dengan dosa . kadang2 mereka tahu perbuatan mereka tu salah tapi just keep it move on , langsung tak rasa bersalah . yang tak tahu tu satu hal pula , bila tak tahu jangan lah ego sangat macam serba tahu but cari lah ilmu tu sebab sekarang semuanya dihujung jari am i right ? internet ni bukan sekadar untuk berlaman sosial , kita je yang berlagak sombong dengan ilmu .

so sekarang chenta nak explain antara dosa2 yang sering diremehkan wanita dan lelaki . first of all , ada juga yang cakap actualy macam lah chenta ni baik sangat kan nak tegur2 orang right ? cermin diri dulu lah chenta oit . hurm , kalau nak tunggu orang baik tegur sampai ke mati pun takkan jumpa sebab manusia tak pernah lari dari kesilapan dan bila chenta update status facebook atau blog ala2 keagamaan gitu at least ada juga yang jadi backup chenta bila chenta dah takde nanti sebab salah satu jalan untuk menambah pahala saat kita sudah meninggal dunia ialah ilmu yang bermanfaat .so lepasni takperlu lah habis keringat nak update status caci maki , jiwang or anything yang melaghakan sebab takde faedah pun . kalau status korang tu berbaur caci maki , automatik sekali orang baca 1 dosa yang korang akan taggung . kalau 1000 orang baca ? hurm ...

so we will start from boys ok so boys please pay your attention .Antara dosa2 yang sering diremehkan oleh para lelaki adalah

 meninggalkan solat jumaat
yang yang chenta paling bengang gila la . ada juga certain online facebook tapi off chat . hello ? itu skill lama lah cik abang oit . ada juga yang jenis tidur tak ingat dunia , bangun2 dengar orang baca khutbah dah . ada juga yang jenis kutu rayau tu lagi lah menyakitkan hati , konon start motor pakai baju melayu konon2 nak pergi masjid letew padhal pergi melepak kat tempat lain . please lah , jangan sesekali tinggal solat jumaat tu ,andai ditakdirkan malaikat izrail datang nak cabut nyawa korang waktu tu apa korang nak jawab ? neraka lah tempatnya , dosa besar weh .

minum minuman keras
benda ni tolong lah elakkan even arak ke air tuak ke and segala yang memabukkan sila buang jauh2 ok , takde faedah pun minum minuman keras ni nanti hati jadi gelap tau . and the first thing rokok pun jangan lah hisap sebab fatwa telah mengeluarkan bahawa hukum merokok adalah haram disisi islam kerana memudaratkan . bagi yang dah memang perokok tegar tu chenta faham mesti susah nak berhenti kan ? teruskan usaha, antaranya korang boleh cuba berhenti merokok dengan cara berpuasa dan banyakkan minum air masak ok . tak gentle pun kalau lelaki hisap rokok . rokok ni kan barang dari zionis untuk kutip dana supaya diaorang dapat reka senjata yang hebat2 , kesian umat islam disana diperang ditembak dek kerana sumabngan kita juga Allahurabbi .

 judi
judi adalah salah satu benda yang mempunyai pertaruhan even main poker ke , taruh duit untuk merempit ke atau apa2 je lah yang melibatkan pertaruhan tolong tinggalkan . tak berkat hidup kalau makan rezeki yang tak halal ni tau .

 Dayus
ada hadis mengatakan bahawa Allah melaknat lelaki yang dayus :
Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 

 mengahwini isteri yang diharamkan berkahwinan
maksud chenta disini adalah haram berkahwin dengan orang yang merupakan mahram kita maca ayah , ibu and so on lah kan . macam dah takde orang lain ye dak ? but kat sini chenta nak ingatkan lah kalau nak cari pasangan tu cari lah yang soleh dan solehah sebab dia lah yang akan bersama kita sampai syurga . jangan tahu fikir keseronokkan berkahwin je tapi ingat tanggungjawab di alam perkahwinan ni amat besar . tak perlu lah asyik duk fikir ke perasaan melting cinta sayang tu sebab ni soal masa depan . macam mana nak dapat pasangan yang baik ? semestinya kita yang kena berubah untuk jadi baik dulu ok , tiada yang mustahil .

itu untuk bahagian lelaki so sekarang apa dosa2 yang sering diremehkan wanita ?

 tidak ambil berat adab2 dalam pakaian
i mean tidak menutup aurat lah . tak perlu lah nak cakap " oh saya tak tutup aurat sebab saya tak nak jadi hipokrit ok " " saya tak tutup aurat sebab tak sampai seru lagi " , ni lah orang kata cakap tak serupa bikin walhal hidayah dari Allah dah diturunkan kepada kita untuk menutup aurat dah lama dah just kita je yang tak ambil peduli . yang jenis tak tutup aurat pakai baju ketat , seluar ketat , baju lengan tiga suku kalau yang lengan pendek tu sah2 tak boleh pakai yang ni semua haram dipakai . sekarang trend tudung pun pelik2 kan . dengan singkatnya , nipis advance sanggul tinggi bagai , rasanya tak perlu lah pakai tudung yang pelik bagai tu dah macam hape entah . one thing yang selalu dipandang remeh adalah stoking dan handguard , kaki dan lengan wanita itu adalah aurat so peliharalah supaya tidak menjadi tantapan lelaki ok . jadilah wanita yang bermaruah baru chill .

 merawat rambut dengan cara yang diharamkan
takperlu lah korang nak sambung rambut ke even rebonding sekalipun sebab kadang2 bahan dalam treatment tu menggunakan bahan2 yang diharamkan . by the way sambung rambut hukumnya haram dan berdosa besar . Bersyukurlah dengan anugerah Allah berikan sebab ciptaan Allah semuanya sempurna , Alhamdulillah .

 mencabut/mencukur bulu kening
Majoriti ulama berpendapat, hukum mencabut atau mencukur bulu kening adalah haram.
Rasulullah SAW bersabda, "Allah melaknat wanita yang mencukur atau mencabut bulu kening atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya, wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Itu perbuatan mengubah ciptaan Allah". (HR Muslim)

 tidak ambil berat adab2 pergaulan berlainan jantina
dalam islam ada adab2 untuk bergaul dengan berlainan jantina . bukan pakat suka hati u all je nak bertepuk tampar ok . tak salah kalau nak bercakap dengan lelaki tapi biarlah ada urusan tertentu contohnya urusan study tapi jangan jadikan alasan study tu untuk korang bercakap dengan lelaki . korang boleh tanya soal study kepada lelaki dengan syarat apabila dah takde kawan2 korang yang perempuan boleh tolong korang baru boleh tanya lelaki . setakat sembang suka2 baik tak payah , makin melambung dosa nanti susah pula .

 kufur terhadap suami
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda, "Saya melihat kebanyakan penghuni neraka adalah kaum wanita." Para sahabat bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Mereka mengingkari keluarga dan kebaikan-kebaikan suami. Jika sekiranya engkau berbuat baik kepadanya, lalu ia melihat sedikit kekurangan darimu, maka ia berkata: 'Saya tidak melihat suatu kebaikan darimu sama sekali'." (HR. Al-Bukhari no. 29 dan Muslim no. 907)

janganlah mencabar Allah kerana azab Allah itu amat pedih . peliharalah hati , peliharalah nama baik islam . jangan kerana setitik nila rosak susu belanga , kerana kita orang pandang rendah pada islam Nauzubillah . semoga Allah berikan kita kekuatan untuk berubah kejalan yang diredhaiNya Ameen .

3 comments:

Lily RIna said...

Semoga kita terhindar dr dosa, insyaallah :)

ninja said...

yg cukur kening tu selalu org buat

najiahs said...

nauzubillah