Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Saturday, 25 May 2013

How to Reduce Blackheads?

sepanjang cuti persekolahan ni banyak betul undangan perkahwinan ye dak ? tak termasuk dengan pelbagai invited dari kawan2 dan family ajak shopping sana sini . as u know blogger chenta is a very hyper-window shopping hahaha , new statement . shopping dan hidup chenta memang tak dapat dipisahkan,nampak material disitu ? 

by the way sejak2 chenta focus mood on study memang struggle gila lah sampai tertidur atas meja pun boleh lena . nak treatment face bagai memang tak sempat lah . so sekarang Alhamdulillah chenta dah berjaya melepasi exem fever semester 2, harap2 keputusan dapat lah yang kaw2 gituh .

balik dari hostel terus chenta pergi mall cari barang2 untuk facial muka . oh dear , muka dah macam pembajak sawah sejak chenta tak caring about my face ni . nak buat treatment kat spa rasanya macam membazir lah pula ye dak ? buat kat rumah lagi senang sekaligus boleh save budget untuk cuti-cuti malaysia chenta kali ni . choi , bukan kedekut ok .

kalau bab facial chenta lebih fokuskan pada blackhead sebab blackhead ni lah yang akan menambahkan petrol dan segala minyak dimuka , silap hari bulan advance dengan mr.acne lagi . so how to reduce blackheads? 

untuk masalah ni chenta just guna 3 step sahaja .first tip chenta akan cuci muka dulu menggunakan pencuci muka yang dirumus khas untuk blackheads


untuk pencuci muka chenta pilih clean and clear deep action daily pore cleanser . produk ni sesuai untuk muka yang mengalami masalah blakheads dan berminyak , if korang rasa muka korang jenis yang kering chenta syorkan jangan guna produk ni sebab nanti kulit korang akan bertambah kering ok . tak mahal , kat tempat chenta only RM6.99


secondly,lepas dah cuci muka bilas kasi bersih chenta akan gunakan pelekat untuk tanggalkan segala mak nenek blackheads yang tersumbat tu lagi mudah . tak perlu lah lagi lepasni korang nak duduk depan cermin then cungkil dengan besi or anything yang menyusahkan . just guna pelekat yang dirumus khas lagi mudah . mula2 korang perlu basahkan sikit hidung korang tu guna air then baru lekatkan pelekat tu , tunggu hingga 15 minit then baru boleh cabut . untuk pelekat blackheads chenta guna Guardian Charcoal Pore Strips . pelekat ni dirumus khas menggunakan arang bagi membantu pembuangan blackheads,penyerapan minyak sekaligus dapat mengecilkan liang pori . Harganya cuma RM12.00 sahaja .


and the last one is nivea active purifying mask , harganya hanya RM5.00 . cara penggunaannya adalah sapukan mask dengan sekata then tunggu 15minit . lepastu baru boleh basuh dan lap pakai kain bersih . mudah bukan ?

so thats all for today . bukan susah pun nak jaga kecantikkan ni dan tak perlu lah korang melabur amanah saham nasional bagai nak beli produk kosmetik taraf datin2 tu kan melainkan korang ni ada big budget dan bukan taraf cikai2 macam chenta . penjagaan muka ni seriously memang penting sebab chenta sebagai seorang wanita , muka ni adalah salah satu aset yang amat berharga . lelaki jangan pula pandang remeh sebab kami para wanita pun tangok pada rupa juga . nanti adalah yang cakap "tengok rupa saja buat apa kalau duit takde? agama takde?" , yang tu tengok juga tapi rupa paras juga turut akan dinilai ye dak ?

by the way tips tambahan dari chenta kalau bagi masalah kulit berminyak ni kan , if korang nak hangout dengan kawan2 ke chenta sarankan gunakan foundation yang sesuai .


untuk foundation chenta guna maybelline clear stick , harganya RM25.00 satu . pemakaiannya mudah sahaja , just sapu pada muka macam pakai krim tu . then bila dah pakai stick ni korang tak perlu lah nak alas bedak or anything dah sebab pakai stick ni saja sudah memadai . keep it beware kalau pakai stick ni make sure sediakan pencuci muka time hangout sebab senang nanti bila nak solat kan nak cuci muka . for your infomation, stick ni jenis kalis air sebab tu tahan lama bila pakai . so bila nak solat tu cuci muka dulu baru ambil air sembahyang ok .

ok tu jelah yang dapat chenta simpulkan kali ni. kalau ada sesiapa nak berkongsi tips boleh la, any profesional wannabe yang ada futher info regarding this, boleh la same-same kte share-share kan ilmu ye.Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri dan apa yang di belajar. Kalau tak bersetuju jangan kutuk ok , chill la beb . 

p/s : busy for holiday trip hahahaha xD

No comments: