Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Tuesday, 26 March 2013

Mencontohi Keunggulan Zulkarnain


salah seorang tokoh yang benar2 memanfaatkan potensi dan kehebatan yang dikurniakan Allah kepadanya adalah Zulkarnain.Kisah beliau terdapat dalam surah al-kahfi.Surah ini adalah surah yang penting untuk dikaji kerana pada akhir zaman,semasa umat islam dalam era dajal ,nabi menyuruh umat islam membaca dan mengkaji surah ini supaya dapat mengeluarkan formula2 penting daripadanya.Berhubung dengan ini,imam muslim,abu daud,an-nasaie dan tirmizi melaporkan kata nabi yang bermaksud 

"sesiapa yang menghafal 10 ayat terawal dan terakhir dalam surah al-kahfi,dia akan terpelihara daripada dajal"

hadis ini tidak bermaksud menyuruh umat islam memberi tumpuan pada 10 ayat terawal dan terakhir sahaja tapi banyakkan lah membaca dan mengkaji keseluruhan surah malah keseluruhan al-quran untuk lebih memahami dan memantapkan lagi kefahaman kita.

Zulkarnain bermaksud "mempunyai 2 tanduk" namun Az-Zajjaj dan Al-Azhari berpendapat beliau digelar Zulkarnain kerana beliau menjelajah dan menguasai negara2 di barat dan timur.Dalam surah Al-Kahfi Allah berfirman , ayat 84 

"sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepada (Zulkarnain) di muka bumi ini dan kami berikan kepadanya jalan (bagi mencapai) sesuatu"




Maulana Abul Kalam Azad,seorang ulama' dan politikus islam terkenal di Inida tahun 1950-an pernah mengutarakan pandangannya berhubung dengan peribadi Zulkarnain di dalam majalah thaqafatul Hind.Beliau berpendapat Zulkarnain adalah cyrus the great,seorang raja yang menguasai wilayah medes (Media) dan Parsi dan akhirnya mengasaskan empayar parsi yang berdaulat!

bagaimana Zulkarnain menjadi model insan yang unggul dan hebat??

1) JELAS DESTINASI : BERWAWASAN

wawasan Zulkarnain adalah mengagungkan kebenaran dan keadilan yang ditetapkan oleh Allah.Beliau tidak terpedaya dengan pangkat dan kekuasaaan kerana semua itu bukan matlamat baginya sebaliknya alat bagi menegakkan wawasan.

2) MEMILIKI KOMPAS HIDUP : BERTAKWA

tanpa kompas,individu akan tersesat dalam perjalanan.Demikian juga dengan takwa,ia adalah kompas di hati supaya kita tidak terbabas dari landasan syara'.ini lah kekuatan yang ada pada Zulkarnain! walaupun beliau menguasai timur dan barat,namun timur dan barat tidak menguasai beliau kerana hanya petunjuk Allah yang berada di dalam hatinya menguasai kehidupannya.

3) BERMINDA STRATEGIK

zulkarnain tidak menguasai dunia secara ikut taste tapi berdasarkan perancangan yang rapi.

Banyak lagi tokoh2 islam yang hebat dan unggul ! mereka hanya lah manusia biasa tapi berpotensi menjadi insan yang luar biasa! seperti Sultan Al-Fateh yang berjaya menjatuhkan Mustafa Kamal dan menakluk konstantinopel,salah satu kehebatan Sultan Al-Fateh adalah beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu,qiamulail,solat2 sunat, dan solat2 sunat sebelum solat fardhu !! bertapa tingginya keyakinan mereka kepada Allah,Subhanallah ! 

kita sebenarnya mampu untuk menjadi seperti mereka.Mereka berjaya menawan dunia kerana yakin dengan bantuan Allah ! setakat SPM,PMR tu pejam mata je kalau Allah tolong. usaha2 juga tapi kalau tak mintak pertolongan Allah tak jadi juga sebab ilmu dan ilham itu milik Allah,nak ilmu kena lah minta pada Allah supaya mendapat barakatillah.Usaha pun kena lah tinggi,biar seiring dengan tawakal.

# berdoa dan minta lah pada Allah tapi minta lah dengan bersungguh2 ok,kalau boleh biarlah air mata kita menitis dihadapan Allah.Sesungguhnya Allah lah sebaik2 tempat mengadu dan tempat meminta pertolongan. semoga kita mendapat kejayaan di dunia dan akhirat,Ameen ! :)

1 comment:

ceramah_agama(naimttbc) said...

Setiap pemuda-pemudi mesti mencontohi Sultan Al fateh.


jom singgah:
http://ceramahttbc.blogspot.com/2013/03/ustaz-nazmi-karim-saidina-jarir-bin.html