Ensiklopedia Doktor Chenta

Saturday, 23 February 2013

Resipi Mee Kungfu Chenta

Sejak dua menjak ni chenta macam ketagih nak makan mi kungfu,selalunya menu faveret chenta kalau order kat kedai makan ialah nasi goreng pataya ke tomyam ke,tetapi dah bertukar kepada menu ini pula.Mungkin juga disebabkan nak diet? chenta rasa kalorinya lebih kurang sama saja.So petang ini sekali lagi chenta makan makanan yang sama.Lalu chenta pun terpikir nak cari resepi nya,manalah tahu chenta nak cuba masak sendiri nanti.


oh my~~ cincai gila chenta masak . takpe lah asal sodap perut den pun kenyang !

ok ni resepi sesedap anak tekak chenta , chenta kalau senduk tu dah ada kat tangan mula lah chenta merapu bagai nak decorate resepi situ sini . nampak betapa kreatifnya chenta kat situ? hahaha . berseloroh pula chenta ni , so pada sesiapa nak cuba resepi chenta kali ni baca kasi habis follow step by step ok ^_^ !


Bahan-bahan

200-300g isi ayam dipotong kecil dan dibersihkan
。4 ulas bawang putih diketuk
。1 inci halia diketuk
。sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah
。2-3 biji cili api diketuk / dibelah 2 (kalau nak pedas)
。1 sudu besar sos tiram
。1 sudu besar kicap cair
。1 sudu besar tepung jagung (tepung gandum pon boleh) dibancuh dengan sedikit air
。air secukupnya
。garam secukup rasa
。Sayur-sayuran: sawi, lobak merah, jagung muda, bunga kobis, kobis, dsb
。3 bungkus mee kuning
。4-5 biji telur ayam (bergantung kepada saiz)

Cara-cara

Bancuh telur dengan sedikit lada sulah dan garam. Masukkan mee dan gaul rata. Goreng mee (untuk 1 pinggan/orang makan) dalam kuali sehingga masak (jangan dicerai/hancurkan mee). Angkat dan letakkan dalam pinggan. Goreng habis mee yang lain. 1 demi 1. Tinggalkan sikit putih telur dalam 2-3 sudu besar.
Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau wangi. Masukkan ayam dan goreng hingga separuh masak.
Masukkan sos tiram, kicap cair, serbuk lada hitam dan lada sulah, serta sedikit air. Biarkan mendidih sehingga ayam masak.
Tambah garam jika kurang masin. Masukkan sedikit putih telur tadi dan gaul rata. Masukkan pula air bancuhan tepung dan didihkan sehingga sedikit pekat. Masukkan cili api dan sayur-sayuran. Biarkan seketika sehingga sayur sedikit layu. Tuangkan kuah di atas mee tadi. Hidangkan panas-panas ^_~

#(bahan ni untuk hidangan 3-4 orang )

terliur punya pasal resepi pakai reka je , dah tak sanggup nak kawal nafsu yang bergelora ni haa! nasib baik jadi , kalau tak muntah hijau lah future husband chenta kalau makan masakan chenta ni nanti hahaha !

No comments: