Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Sunday, 23 December 2012

Segmen: Wow! Fantastic Blogger!


KLIK BANNER DI ATAS UNTUK JOIN


hari ni chenta rasa teruja nak join segmen kawdaboom dari blogger Tiha . jom klik banner di atas pakat join ramai2 . 

dalam segmen ni blogger Tiha sertakan beberapa soalan WAJIB di jawab 

untuk apa korang berblogging?
chenta berblogging sekadar untuk berkongsi ilmu dan menceritakan pengalaman chenta di samping sibuk promote susu alpha lipid slim diet tu hehehe . berblogging untuk duit sememangnya bukan sebab first time chenta menerusi dunia blog chenta zero bab2 mr.churp2 dan prof.nuffnang apalagi puan heartbeat dan cikgu says . apa yang chenta fikir adalah chenta nak kongsi ilmu dengan blogger lain terutamanya ilmu agama walhal chenta pun tak hebat sangat dalam bab agama tapi chenta sekadar berkongi apa yang chenta tahu sebab ilmu bermanfaat dan tidak terputus , insyaAllah pahala akan tetap ada meskipun telah meninggal dunia selagi orang lain mengamalkannya dan membacanya . niat baik , InsyaAllah Allah tolong :D

siapakan sumber inspirasi anda untuk meneruskan kehidupan pada tahun 2013?
sudah tentu lah ibu bapa chenta yang tercinta sebab chenta masih belum melunaskan tanggungjwab chenta untuk menghadiahkan senggenggam ijazah buat mereka . doakan chenta yaa ~~ tambah pula amal jariah pun bukan banyak sangat ye dak,jadi teruskan kehidupan selagi malaikat maut belum datang mejemput T_T

apakah azam 2013 anda?
Chenta nak fokus pada study . blogging , fb dan webbie bagai chenta akan kurang kan sebab chenta nak buat yang terbaik memandangkan ini tahun akhir chenta sebelum chenta sambung pengajian untuk membuat ijazah . InsyaAllah ada rezeki chenta nak sambung ke Universiti Malaya dalam bidang undang2 syariah islam .

jika korang diberi peluang dengan seorang artis,siapakah artis itu?
kalau boleh chenta nak jumpa the real mrs.doktor cinta a.k.a ustazah fatimah syarha


terkenal dengan gelaran doktor cinta,seorang novelis dan juga blogger . chenta juga nak jadi macam ustazah :D , jom ke blog beliau di blog ustazah fatimah syarha

matlamat blogging 2013 ?
semestinya chenta nak upkan jumlah follower dan reader hehehe . 

pendapat tentang blog Tiha?
blog tiha cantik dan softly sangat . kawai-2 pink gituh , memang cute . entry pun terbaik . teruskan usaha dan selamat berblogging ya >,<

soalan untuk Tiha
-Bila tiha mula berblog?
-tiha ni blogger negeri mana ye?

MANGSA TAG CHENTA IALAH BLOGGER CANTIK

Korang , jom follow chenta dan tolong like page chenta juga ya DI SINI . thanks all :D