Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Friday 20 July 2012

MARHABAN YA RAMADAN!

bila time puasa rasa nak tergelak pula ingat zaman kecik2 dulu . bukan main susah dan payah lagi eiyqa nak puasa . kena tunggu mak offer RM1 sehari baru lah nak puasa , tu pun sampai tengahari je hahaha . tapi tu kisah masa zaman budak mentah , naik darjah 1 eiyqa dah cuba untuk puasa full slow2 .Tapi bila dah besar ni baru lah eiyqa dapat merasai betapa nikmatnya puasa di bulan Ramadan . tapi sedar tak sedar ramai yang berpuasa hanya sekadar beroleh lapar dan dahaga?


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "berapa ramai orang yang berpuasa hanya mendapat rasa haus dan lapar." (riwayat Ibn.Majah)


selama 30 hari kita berpuasa tapi tanpa pahala bukan kah itu merugikan . sibuk dengan urusan dunia , mengata orang tak habis2 , gosip sana-sini dan macam2 lagi lah . kalau nak tulis kat sini memang jenuh eiyqa dibuatnya .


korang tahu tak ada 3 bonus khas untuk Ramadan! antaranya ialah :-


 bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi dari kasturi disisi Allah
 para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga berbuka
 Allah memperindahkan syurganya setiap hari dan berfirman : "hampir2 hamba2ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu." (mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

jadi sama2 lah kita manfaatkan bulan Ramadan ni dengan perbanyakkan membuat ibadat sunat dan wajib sebab belum tentu kita dapat berjumpa dengan Ramadan pada tahun hadapan . ganjaran yang diberikan oleh Allah pada bulan Ramadan amatlah besar !! SALAM RAMADAN DARI EIYQA ! MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN ^^ ..

1 comment:

bb said...

:) hehehe peringatan untuk kita semua..thanks.. anyway, i done follow you..thank you for your visit earlier