Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Thursday 24 May 2012

Sistem Modular Pra-universiti

lama betul blog tak berhapdet.. habis bedebu blog kesayangan eiyqa ni hehe..terima kasih la pada readers dan semua follower eiyqa yang tak jemu2 singgah blog eiyqa :) ..sekarang eiyqa dah mula sibuk dengan pelbagai assigment.. maklumlah sekarang tingkatan 6 menggunakan sistem baru iaitu sistem modular .. eiyqa belajar pun dah macam ala2 Universiti! serius eiyqa cakap memang best!kalau tingkatan 6 dulu korang akan terasa terbeban sebab korang perlu belajar buku setebal 5-10 inci -.-'' dan terus menduduki STPM tapi sekarang mulai tahun 2012 sukatan pelajaran dikurangkan dan belajar mengikut sem! untuk mengetahui info lebih lanjut tentang sistem modular STPM KLIK DISINI!

kali pertama eiyqa memasuki ke tingkatan 6 ni rasa agak gementar juga selepas digempakkan bahawa STPM adalah peperiksaan yang paling susah.. tapi eiyqa dapatkan nasihat dari kaunselor sekolah dan Alhamdulillah sekarang eiyqa boleh bawa subjek tingkatan 6 ..eiyqa tingkatan6 dalam aliran agama dan mengambil subjek syariah islamiah,pengajian am,bahasa melayu,usuluddin dan bahasa arab tinggi.. keuntungan memasuki tingkatan 6 korang dapat jimatkan masa dan IPTA memang mengutamakan pelajar dari STPM daripada pelajar matrikulasi! yang paling eiyqa suka adalah selepas tamat sahaja tingkatan 6 secara automatik akan dapat duit RM1000 cash! tetapi hanya untuk pelajar yang tak dapat biasiswa sahaja..yang dapat biasiswa tidak akan dapat duit RM1000 dari yayasan.. tak sabar nak dapat RM1000 cash tu hehe ^^ ! tapi buat masa ni eiyqa sibuk fokus dengan study..dah dapat 4.00GP STPM baru lah exited sikit nak naik stage dapat duit tu ye dak :D

No comments: