Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Tuesday 6 March 2012

muhasabah diri seketika :')

hari ni eiyqa nak kongsikan satu cerita untuk korang semua
cerita ini bukan eiyqa reka atau petik sebarangan
tapi
cerita ini dipetik daripada Abu Ubaidillah Alias,seorang ilmuan terkenal......
sama2 lah kita hayati cerita ini
-
-
-
-
-

bilik tidurnya berhawa dingin,ada tilam empuk dan bantal gebu..gebar mulusnya nerbulu hangat menyelimuti tubuh dari atas ke bawah..cukup selesa!
tak semena2 dia membuka mata dalam kegelapan subuh berpijak ke lantai yang dilitupi permaidani tebal..perlahan dia berjalan ke tandas mahu membuang air..
setelah selesai,dia kembali ke katil..sekilas matanya memandang jam di dinding..
'eh sudah masuk waktu subuh!tapi mata masih mengantuk!macam mana ni?'hatinya bermonolog..'jika aku tak solat sekarang,pasti aku akan terlepas waktu dan perlu qada'..jika sengaja melepaskan waktu solat,ia satu dosa besar!'imannya memberi hujah..
perlahan hatinya diresap kesejukkan penghawa dingin
tangannya menarik gebar empuk dan membungkus tubuh..tanpa menjawab hujah dari imannya,tubuhnya langsung rebah di katil empuk..

'bangun!jangan tidur lagi!solat dulu!' imannya menjerit minta didirikan solat..namun seluruh jeritan itu ditelandalam dua kelopak mata yang terkatup rapat..
tiba2 terasa wajahnya berdebu berpijar..dia terbatuk2 sambil menggosokkan mata..
sebuah sahara luas terbentang di depan mata!mentari terik di atas kepala!peluh mercik di liang roma!
mana rumah dan katil mewah nya?kenapa cuaca disini begitu panas?dimana dia?
makkah??madinah??dia bangun dan mencari orang disekelilingnya..

'Assalamualaikum?' sapa 1 suara dibelakang..kelihatan seorang lelakiberwajah putih persis purnama penuh sedang menunggang unta..
'Wa'alaikumussalam,dimanakah rumahku?siapakah kamu?'segera dia bertanya..
lelaki itu menghulurkan tangan tanda ingin menariknya ke atas unta
'wahai sofwan,mari naik dibelakang saya.saya akan menghantar kamu ke rumah sekarang'
ujarnya...sofwan menaiki unta dan dibelakang lelaki itu..
terasa pijar menyengat kulit ubunnyasambil segala persoalan terbelenggu di benaknya..

mereka sampai disebuah rumah kecil,berkotak 4 segi dan sangat usang..
'sudah sampai,turunlah dan masuklah ke dalam'beritahu lelaki itu..sofwan turun dan masuk..
dia melihat sebuah rumah yang kecil yang membuat dadanya sempit..
lantai tanpa permaidani.tilam tanpa katil,bilik tanpa penghawa dingin,ruang tamunya kosong di isi dengan sehelai sejadah kusam
'mustahil!!saya tak kan dapat bertahan di rumah ini walau sehari!'ujar sofwan kepada lelaki itu.
'tahukan kamu bagaimana kehidupan Rasulullah?tilamnya senipis lipatan kain dibaju kamu itu..tidak dihiaskan dengan perabot mewah.bagaimana seorang Nabi boleh hidup dalam keadaan yang begitu daif,sedangkan kamu mengaku sebagai umatnya tidak sanggup walau sehari?'lelaki itu tersenyum memandangnya..
'Dia Nabi,aku ini manusia biasa..tak adil jika disamakan antara kami..bagaikan 2 darjat.'balasnya dengan nada berpuas hati..
'Nabi juga manusia,ada nafsu dan keinginan.Dia bukan malaikat.Dia punya cita rasa rasa dan perasaan..jika kamu mahu keselesaan,apakan Nabi tidak pernah memikirkan seperti kamu?'
ujar lelaki itu dengan nada lembut
'sabarnya tinggi! imannya kuat! jiwanya ditarbiah Allah! dia berbeza denganku..'
'berbeza?bererti kamu bukan dari umatnya??'
'eh! aku ini umatnya..maksud aku.....'
'kamu tak cukup sabar,tak cukup kemahuan untuk mendapatkan kehidupan yang abadi.kamu tak mengerti bahawa kehidupan kamu cukup senang sekarang,kamu terbuai didalamnya sehingga meninggalkan mujahadah..aku pasti,Rasul mu akan duka cita melihat kamu mencuaikan solat subuh hanya kerana dipeluk sehelai gebar yang empuk!tanpa ada sebab lain yang menghalangmu!'
'sofwan..tahukah kamu? bahawa kuburmu lebih sempit dari rumahmu?'tegur lelaki itu sambil menunjukkan rumah usang..sofwan terkesima..
soalan itu bagai menghempap emosinya hingga hancur terburai..hatinya sayu jiwanya syahdu..betapa jauh jiwanya ditenggelami dalam kenikmatan duniasehingga menjadikannya begitu daif untuk bermujahadah..sabarnya begitu lemah..imannya begitu tipis tak mampu bertahan jika di rempuh mehnah..
'sabarlah sofwan,SABARLAH SIKIT UNTUK MENDAPAT SYURGA YANG BERKEKALAN..
sabarlah membuat taat di dunia kerana akan dibalas oleh Allah nikmat yang tak sudah..jangan hanya sehelai gebar yang empuk membuat kamu terlapas syurga Allahyang Maha Kaya!bangunlah bersolat!'

celik!kedua2 mata sofwan terbuka luas.dia bermimpi..dia memandang jam,hari belum cerah..
dia berlari ke tandas mengambil wudhu'..sungguh Allah Maha Kaya..
dia berdiri dan bertakbir "Allahuakbar!" demi mencari syurga yang abadi
dia berjanji akan sabar dalam mujahadah dan istiqamah..
-
-
-
-
-

- sekian :') -

No comments: