Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Wednesday, 8 February 2012

orang yang buat maksiat memang tak malu dan tak jaga lidah!


dalam dunia sekarang ini untuk mengelak perbuatan maksiat memerlukan satu sifat "berani" yang amat tinggi..."berani dalam satu erti kata melawan dengan iman...
jika diikutkan hati muda yang membara,segala benda di dunia ini ingin dicuba..
lebih2 lagi sesuatu yang dilarang..

kalau ditakrifkan betapa mudahnya untuk kita merentasi alam maya ini kan?
gajet yang canggih dan super canggih mudah didapati dimana-mana...
paling tidak pun ke cyber cafe...
selain itu gajet2 lain seperti permainan video,DVD,TV dan lain2...
jika kita tidak bijak menggunakannya,harus sahaja kita diziarahi maksiat..

baik..untuk mengelakkan maksiat daripada datang berziarah,disini terdapat dua cara yang kita boleh lakukan..
rasa malu dan jaga lidah..

kenapa perlu ada rasa malu?

setiap muslim mesti memeliki perasaan malu tapi malu tu biarlah bertampat..yang paling utama ialah malu kepada Allah...sebab,segala perbuatan kita lakukan diketahu Allah..
ingat tentang itu sudah cukup untuk kita menjaga tingkah laku kita..

Allah berfirman dalam surah al-Furqan ayat 63 yang bermaksud :
"Dan hamba2 Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang yang berjalan di muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka ucapkan kata2 yang baik."

kenapa perlu menjaga lidah?

menjaga lidah ini merangkuymi kepada apa yang kita baca,tulis,dan dengar..
seperti rasa malu tadi,segala perkataan yang kita tutrkan diketahui oleh Allah..
jadi,tidak patut kita mengeluarkan kata-kata yang tidak baik sedangkan kita tidak tahu bahawa Allah mengetahu apa yang kita tuturkan..benarkan..?

Allah berfirman dalam surah Qaf ayat 18 yang bermaksud:
"tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu hadir"

Imam Nawawi berkata :
"seseorang itu tidak mengeluarkan kata2 kecuali yang baik.pada perkataannya ada manfaat,mengetahui bila perlu berbicara dan mengetahui bila tidak perlu berbicara..
ingatlah,keselamatan lisan merupakan sesuatu yang mahal hargannya.."


semoga Allah memelihara iman kita di akhir zaman ini...ameen..

No comments: