Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Friday, 3 February 2012

nak mengorat pun ada skill nya...

hai readers!!ok hari ni gendang gendut berbunyi lagu dalam blog cik eiyqa ni kan..
yelah..sebelum ni tak pasang widget tu sebab tak berkenan...^^
tapi cik eiyqa terasa miang2 je nak letak bila terdengar lagu 0330 kumpulan u-kiss tuh hahaha!!
sape minat KPOP macam saya hangguk laju2!!hehehe
cik eiyqa memang minat kumpulan u-kiss ni..lebih2 lagi dongho!!umur sebaya dengan cik eiyqa taw!!

oit! si comel ni cik eiyqa punye taw~jgn usik! :p

woish beleber sakan cik eiyqa nie yerk ^^....maaflah..so jom kita kembali ke tajuk kita pada hari ini..

SKILL MENGORAT

Cik eiyqa jamin memang ramai aweks2 kat sane kena usha dengan balak2 kat luar sana...
hey u boys!nak mengorat jangan sampai over tau..tatasusila tu kena jaga....
kang tak pasal2 cinta ditolak dapat pulak pelempang bonus kat pipi licin korang tu ha..erk~~
tak pasal2 berbekas 5 jari hahaha....
yang aweks pun kalau nak usha balak jangan nampak menggatal sangat...sopan tu penting!hehe..


jom kita pakat mengorat cara gentle ya hahaha!

 Kenal pasti orang yang korang ngorat tu macamana. Kalau dia suka makan, korang kena lah belanja dia makan. Tapi nampak macam tak macho je pompuan belanja laki makan. So, korang boleh lah masak untuk laki tu. Nampak tak macam dah ada ciri ciri bakal isteri yang di cari cari. Lepas dapat ngorat, boleh kawen terus. Cewah! :P

 Tak kisah lah apa yang korang masak, janji sedap. Kalau setakat telur goreng, nasi putih dan kicap pun dah cukup. Janji nampak usaha korang untuk kasik bakal boipren korang tu makan.

Sweet kan?
Credit to Hanalovenest

Ajak lah aweks atau balak tu keluar. Kalau korang segan, kasik lah alasan yang bombastik. Tak mau lah setakat nak ajak window shopping pulak. Macam alasan tu tak kukuh. "Awak..awak boleh teman saya keluar tak? Saya nak beli hadiah birthday untuk ayah saya la.. Saya tak tahu taste laki macamana. Kalau awak ada, senang lah saya.. Tapi kalau awak tak boleh teman, tak pe lahh..." Ayat terakhir itu harus ok. Baru lah laki tuh rasa serba salah kalau tak temankan korang. Saiko sikit dia tuh. HAHA.

 Bila dah keluar tu, jangan lah busuk busuk. Mesti pakai perfume. Tapi jangan lah over sangat. Takut kekasih korang tuh pengsan pulak. Tapi kalau pengsan bagus jugak. Boleh buat CPR. HAHA. Next tips please! :p

 Korang pakai lah pakaian yang sedap mata memandang...yang girl!! Jangan lah pakai baju yang terlalu sexy. Sexy sikit sikit tak pe lah. HAHA. Eh tak tak.. Kena tutup aurat yer Muhammad Adif (feeling macam Khatijah Tan dalam cerita Dunia Baru). Tapi kalau lelaki tu stok gatal dan suka tengok pompuan sexy, boleh blah sama laki tu sebab nanti dia bukan sayang sebab sayang tapi sebab nafsu. HUH, nampak tak I tengah EMO di situ! Haha.

 Kalau time tu dah nak sampai birthday orang yang korang nak ngorat tu, korang buat lah surprise party. Kalau nak romantik, buat lah dekat tepi tasik. Kalau segan, ajak lah beberapa kawan rapat. Memula macam biasa, masak lah untuk dia. Tapi time birthday tak kan nak makan telur goreng lagi kot. =.= Masak lah sedap sikit. Telur goreng masak sambal ker.. Variasi kan telur goreng itu. Kicap jangan lupa letak. Biar sedap sikit. HAHA.

Hadiah jangan lupa. Kalau sebelum ni, dia cakap, dia suka sangat tengok jersi Manchester United. Tapi nak beli mahal sangat. Lagipun dia masih study. Kalau yang dah kerja pulak, gaji cukup cukup makan jer, nak bagi mak duit kat kampung lagi, awww so sweet.. Ni lah lelaki yang kita carik. Kuikuikui. So, korang kumpul lah duit sikit sikit. Alaa..bukannya selalu. yang boys lak kalau girl korang tu girly sangat kasi lah barbie doll yang chumill tu an hehehe...

 Bila time korang dating, tengah makan ke.. Kalau ada tisu, ambil tisu tu dan tulis, "Saya suka tengok awak makan... Comel sangat..." Lepas tuh bagi tisu tu dekat aweks/balak tu. Confirm laki tu akan tersipu sipu malu. Eceh! :P Dan lepas tu confirm laki tu akan simpan tisu tu siap frame lagi dekat rumah. Hihihi. Untuk merealisasikan tips yang ni, kena lah sentiasa stand by pen dalam handbag. Kalau tak, mana nak datang pen dekat kedai makan tuh =.=

Ok, cukup la tips untuk mengorat. I pun nak test dekat mywink2 lah hehehe. Eh, apesal I nak ngorat dia pulak? dah jadi sweet couple dah kan..kehkehkeh....^^




1 comment:

Anonymous said...

nampak da effort =) sweet jgk even nasi puteh.. hehe. t upgrade skill masak >_<"