Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Sunday 29 January 2012

jauhi orang ketiga

Sedang anda dan pasangan anda menikmati kebahagian di dalam hubungan cinta anda. Muncul insan yang tidak anda duga. Insan yang anda sangka teman ataupun rakan biasa mula menunjukkan tanda- tanda yang mengancam kesetian anda kepada pasangan anda.
Pada mulanya, insan ketiga ini anda anggap kehadirannya di dalam hidup anda sebagai kenalan biasa. Mungkin sebagai rakan sekerja ataupun apa- apa keadaan yang sewaktu dengannya. Di sepanjang proses hubungan kawan ini pada mulanya mungkin hanya biasa. Namun, lambat laun memberi satu petanda buruk. Apakah petanda itu?
  1. Si dia mula kerap menghubungi anda. (sehingga mengalahkan kekerapan pasangan anda sendiri)
  2. Si dia semakin suka membantu anda walau apa- apa pun keadaan anda. (nampak pelik bukan?.. itulah teknik si dia.. AWAS!)
  3. Ketika bercakap si dia mula menonjolkan keistemiwaannya yang menandingi pasangan anda.. (kebiasaannya keadaan ini anda kurang sedar kerana anda mula percaya dan terpikat dengan kelebihannya. Mungkin secara tarikan luaran atau dalaman)
  4. Si dia mula mengeluarkan kata- kata memikat yang mengancam kesetiaan anda sebagai pasangan orang lain. (kalau dah sampai tahap ni memang nak kene penampar ni! hehe :) )
AWAS! Anda mungkin tidak sedar dengan beberapa petanda di atas. Ini kerana, anda sedang berada di dalam fasa “kurang sedar”. Anda tidak sedar niat sebenar insan ketiga ini adalah untuk merampas cinta dan kesetiaan anda daripada pasangan anda. Anda mungkin katakan saya dan pasangan anda tidak faham.
Percayalah! Saya faham dan pasangan anda faham. Sebagai seorang pasangan yang setia dan sedar betapa tingginya nilai sebuah kesetiaan di dalam perhubungan cinta maka, kami faham naluri seorang perampas! (insan ketiga).
Jelas sekali, sebagai manusia kita dikurniakan sebuah hakikat. Apakah hakikat itu?
“Sebagai manusia, kita MUDAH untuk jatuh cinta”

Semua kita mudah untuk jatuh cinta tanpa kita sedari. Untuk jatuh cinta adalah mudah tetapi untuk menjaga cinta tersebut, perlukan tahap KESETIAANyang tinggi. Tiada manusia yang dijadikan sempurna. Kesilapan adalah proses untuk anda menemui kesempurnaan. Menemui insan ketiga di dalam hidup anda bukan kesilapan TETAPI membenarkan insan ketiga tersebut merampas cinta dan kesetiaan anda daripada pasangan anda itu adalah kesilapan.
Jauhi insan ketiga. Katakan tidak kepada golongan perampas ini. Jika mereka betul- betul insan yang baik dan murni, mereka sepatutnya sedar status anda yang sudah berpunya. Mereka harus menggalakkan kebahagian hubungan cinta anda dan bukannya merampas kebahagiaan tersebut.
Mesej kepada Insan Ketiga:
Anda adalah manusia, dan kami juga manusia. Harapan kami agar anda lebih berperikemanusian terhadap kebahagian insan lain. Cinta adalah untuk dicari dan dibina secara halal dan harmoni dan BUKANNYA dengan merampas dan menganggu kebahagian hubungan cinta insan lain.
Kepada anda yang sedang menjadi mangsa insan ketiga, sedarlah dan bangkit daripada lamunan cinta palsu anda. Sedarlah keadaan diri dan pasangan anda sekarang. Tahulah bahawa pasangan anda sebenarnya lebih sayangkan dan perlukan anda. Ingat kembali detik pertemuan pertama yang indah. Anda bukanlah daripada golongan kaum perampas maka, JANGANLAH memilih mereka yang daripada golongan keturunan perampas!

No comments: