Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Wednesday 11 January 2012

8 ciri lelaki yg wanita hindari!

fuh memang bosan gilew kalau dah main xkeje n xsekolah ni..just duduk rumah goyang kaki and tunggu result spm...nak kerja,mak suruh wt lesen kasi habis dulu huhu..skrg busy la ni der nga wat lesen L untuk motor and kereta hahaha!

stop2! aq nak share kan kat korg something ni..nak tahu..??tp jgn terkejut..! KLIK SINI dan KLIK SINI juga taw!! hehe ^^

now aq nak berdesas desis tentang 8 ciri lelaki yg wanita hindari..!utk semua kaum adam,hati2 ya~ hehe ^^

sebelum baca!!!! wajib TEKAN SINI dulu,faham..... :)

Tidak dinafikan ayat-ayat power boleh mencairkan hati wanita tetapi kesannya tidak akan kekal lama jika lelaki-lelaki ini mempunyai ciri-ciri yang disenaraikan di bawah ini. So guys, ambil nota dan beri markah kepada diri sendiri!

1. Panas Baran
Sifat ini menjadi senarai teratas yang dibenci oleh orang perempuan. Kalau baru cakap sikit dah naik angin, salah sikit dah menengking, bukan kata saya, kucing pun benci, so aq menekankan betapa aq tidak akan memilih lelaki yang panas-baran sebagai teman hidup aq. Silap-silap nanti tangan dia naik ke muka saya dan dengan anak-anak pun kita tidak boleh percaya dia, haha... 

2. Mendesak
Kena ikut cakap dia dalam segala hal. Bosanlah! Bukannya tak nak ikutkan apa yang dia mahukan tetapi setiap masa pun about him, him, him. Dia ingat dunia ni berputar sebab dia ke?

3. Gelojoh
Gelojoh masa makan merupakan ciri yang tidak digemari kaum wanita dan boleh menyebabkan perpisahan atau penolakan. ia bawa saya keluar makan dan apabila hidangan sampai, dia terus makan macam tiada hari esok. Macam dia tak pernah nampak udang dan ketam! Malulah!

4. Selekeh, BusukSelekeh itu ada kalanya nampak menarik tetapi janganlah selekeh sampai macam dah tak mandi 2 tahun. Badan berbau, baju kotor, jeans kotor, rambut busuk. Nak rock atau grunge, badan kena wangi babe! Selekeh busuk tak mainlah! 

5. BosanSifat bosan ini membosankan! Ke mana pun saya ajak dia pergi, dia reluctant. Apa pun aktiviti yang saya cadangkan, dia tolak. Alah Matilah dapat boyfriend macam ni,kebiasaan komen wanita .

6. Mulut Lancang!
Biar zaman semakin moden, sopan santun perlu dikekalkan. Tidak perlulah extreme punya sopan tapi sekurang-kurangnya tahu adab ketika berkawan dan apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja. Jangan cerita tentang cinta atau perhubungan kalau perkataan yang keluar dari mulut dia sering memalukan diri saya, 

7. Perasan
Masalah lelaki perasan ni memang susah nak ubat. Perasan cool, perasan hensem, perasan pandai, basically perasanlah!aq cukup geli dengan lelaki perasan best kerana sering sekali mereka yang sebegini, sebaliknya. Tak payahlah nak perasan kerana kalau anda cool atau hensem atau bergaya..hehe

8. Kedekut
Ya ampun!! Kalau dapat makan dia belanja tu kira macam menang loterilah! Selalunya go dutch saja,. Hadiah hari istimewa tidak lebih RM20, kalau makan luar berjimat cermat order lebih sikit kena jeling. Kedekut ini penyakit dan jangan cari pasal mencari pasangan yang berpenyakit begini.



pesanan aq utk semua insan yang ade pasangan.... :



  • :60: Kadang-kadang secara sengaja atau tidak, kita ingin mengubah keperibadian pasangan kita. Padahal menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita adalah salah satu kuci kejayaan dalam menjalinkan hubungan. Oleh itu, bersikaplah realistik, terimalah dia seadanya.

  • :60: Cuba lakukan kegiatan bersama-sama. Jika anda berdua mempunyai hobi yang berbeza, cuba cari persamaan aktiviti. Mesti akan jumpa punya. Boleh sekadar menonton wayang bersama, atau berdua bersiar-siar di taman. Kalau anda lebih senang menghabiskan masa dengan sahabat berbanding dengan pasangan anda, maka anda berada dalam bahaya.

  • :60: Jangan terlalu menuntut pasangan untuk menjadi pasangan paling sempurna di dunia. Jangan terlalu 'perfectionist'. Jangan suka memperbesarkan masalah kecil yang sebenarnya hanyalah sebahagian kecil daripada ketidaksempurnaannya.

  • :60: Jaga komitmen antara satu sama lain. Jangan berjanji yang tidak boleh anda penuhi. Percaya dan hargai pasangan anda.

  • :60: Jujurlah. Katakan dengan tenang, tidak perlu berteriak. Jujur adalah landasan utama dari sebuah hubungan.

  • :60: Hormati dan hargai pasangan anda, terutama di depan orang lain. Jangan jatuhkan harga dirinya, sebaliknya beri dia sokongan dimanapun dia berada.


No comments: