Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Sunday 29 January 2012

3 cara buat elalki jatuh cinta kat awak

Hai, salam sejahtera :)
Pengalaman di negara China memang membuka mata eiyqa seluas-luasnya dari segi cara komunikasi, sosial mahupun mengenai percintaan.
Sungguhpun masyarakat di China mempunyai gaya kehidupan dan budaya yang berlainan daripada masyarakat kita, mereka juga mempunyai beberapa persamaan.
Persamaan penting yang eiyqa berjaya kupas hasil daripada temubual ekslusif (bukan senang nak temubual orang China ni!) dengan Michelle adalah mengenai apa yang membuatkan seseorang jatuh cinta(nanti aiyqa uploadkan video temubual tersebut).
Hasilnya, ada 3 perkara ataupun resipi penting untuk membuat si dia terutamanya kaum lelaki untuk jatuh cinta kepada anda (perempuan).
1. Jadi Seorang Yang Berkeyakinan
Sifat yakin pada diri adalah komponen utama di dalam fasa ‘dating’ kerana ianya adalah kualiti yang bersifat ‘attractive’. Kualiti inilah yang boleh membuat lelaki cair kepada wanita dalam sekelip mata pada saat pertemuan pertama.
Sifat yakin pada diri amat penting untuk anda rasai sendiri (bukan buat-buat) kerana dengan berada di dalam keadaan yang yakin, anda akan tidak kelihatan terlalu ‘berusaha’ pada mata lelaki. Lelaki kebiasannya boleh mengesan wanita yang ‘desperate’ dari segi tingkah laku mereka dan kebiasaannya akan melakukan pelbagai cara untuk mengelak wanita seperti ini.
2. Bercakap Dengan Dia
Zaman lelaki suka wanita yang asyik duduk diam dan dengar kata lelaki sudah berakhir. Lelaki zaman sekarang suka wanita yang boleh diajak berbincang dan teman untuk meluahkan perasaan mereka. Dengan bercakap anda juga boleh mengambil peluang ini untuk menonjolkan sifat ‘attractive’ seperti kebijaksanaan dan kualiti-kualiti lain yang lelaki suka (more about this di post akan datang).
Anda mesti pernah mendengar kat pepatah “Action speaks louder than words”. Betul, tetapi sampai bila anda boleh aktif ketika bersama dia. In the end, anda boleh mempamerkan kualiti dan juga ‘menjual’ diri anda kepada dia dengan bercakap (dengan berpada-pada).
3. Jadi Diri Anda Sendiri
Bunyinya ‘cliche’. eiyqa paling tidak gemar memberi nasihat yang berbunyi begini tetapi agar senang diterima, maka eiyqa gunakan je la :)
Dengan menjadi diri sendiri, tidak bermakna jika anda seorang yang pendiam, harus terus jadi diam dan jika anda seorang yang tidak ‘friendly’ akan terus dingin terhadap dia. Maksud jadi diri anda sendiri di sini adalah untuk menjadi tidak terlalu ‘fake’ dan tenang (dan natural) di dalam tindakan.
3 resipi ini amat mudah dan adalah sesuatu yang boleh diangap ‘common sense’. Anda mungkin pernah mendengar ataupun mengetahui sendiri tips di atas, tetapi anda tidak melakukannya. Sesuatu ilmu itu hanyalah potensi sehingga ia digunakan barulah ia akan menjadi aktual.

No comments: