Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Wednesday 21 December 2011

maksiat dosa yg meresahkan

Allah lebih mengetahui apa yang memudaratkan kita berbanding dengan diri kita sendiri...justeru,apabila Allah melarang sesuatu sama ada yg berbentuk benda,perkara atau perbuatan,maka pasti ia membawa kemudaratan..leh sebab itu setiap tegahan-Nya bukan untuk menyusahkan apa lagi menzalimi manusia tetapi semuanya untuk kebaikkan hambaNya jua..

justeru Allah mengingatkan manusia "dan janganlah engkau berpaling daripada peringatan-Ku,maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit"
(surah Taha 20:124)

maksiat dilarang oleh Allah kerana ia membawa mudarat bukan sahaja di akhirat bahkan di dunia juga..orang yang banyak buat maksiat akan didera oleh dua neraka..satu neraka di akhirat yang kekal abadi dan satu lagi ialah neraka dunia yang tidak kurg azabnya..
menurut ulama' orang hidupnya yang sentiasa dipenuhi maksiat,selain hilang keberkatan rezeki,sukar untuk beribadat,terhijab dari ilmu yang bermanfaat,hilang rasa malu,sentiasa diburu rasa was2 dan gelisah,org yang bermaksiat juga akan terjejas kesihatan tubuh badannya...

PEMBAHAGIAN MAKSIAT....
maksiat terbahagi kepada dua,maksiat zahir dan maksiat batin..maksiat zahir adalah seperti merompak,berzina,minum arak,berjudi dan sebagainya..manakala maksiat batin adalah sifat mazmumah seperti tamak,penakut,cinta dunia,gila puju dan lain2..

AKIBAT HATI TIDAK TENANG..
salah satunya addalah berbohong...bohong ialah satu maksiat...bukan bohong sahaja begitu juga dengan maksiat yang lain..tegasnya maksiat juga mengakibatkan pelbagai peyakit terutamanya gangguan emosi seperti sterss,dan manjadi seorang yang pemarah..
AWAS DOSA BERGANDA!!
-melakukan dosa yang kecil secara berulang
-sesuatu dosa dianggap remeh
-timbul rasa bana kerana melakukan dosa tersebut
-tertipu dg nikmat yang Allah kurniakan
-tidak segan silu melakukan dan memberitahu orang lain akan dosa tersebut
-dosa yang dilakukan oleh seorang ulama' atau tokoh

jadi ingatlah semua,untuk mendapat ketenangan hati adalah dekatkan diri pada Allah kerana itu adalah jalan yang terbaik...banyakkan zikir dan doa serta ikhlaskan hati... :)
orang yang melakukan dosa akan resah kerana sentiasa diburu rasa bersalah,bukan sahaja kepada Allah tetapi juga kepada diri mereka sendiri...renung2kanlah..jangan sampai anda berasa menyesal saat malaikat maut berada di hadapan anda utk dicabut nyawa..

No comments: