Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Tuesday 20 December 2011

hukum couple yang sebenarnya.....




bertunang cara zaman sekarang which is bukan lelaki dan perempuan di perkenalkan oleh ibubapa seperti zaman dulu-dulu.
Sebab, kalau nak di ikutkan, bertunang zaman dulu (Umat zaman dulu bertunang) adalah bila seseorang diperkenalkan dan akan bertunang sebagai proses mengenal antara satu sama lain. Ianya berbeza dengan zaman sekarang (Umat zaman sekarang) which is zaman sekarang, korang bercouple, then bertunang then baru kahwin di mana bertunang dan bercouple tak ada beza pun (kalau ikut cara bertunang zaman sekarang).

Style bertunang zaman dulu-dulu, aku rasa dah tak wujud dah zaman sekarang. Kalau ada tu, ianya adalah bawah dari 5% (di Malaysia)

Dan, apa yang aku nak cakap adalah betul ke couple tu haram? Ya, aku bukan nak bercakap pasal bertunang sebab isu bertunang (cara asli) dah dinyatakan dalam hadis dan etc.

Its all about couple. Ramai yang kata couple tu haram berdasarkan sebab-sebab seperti pegang tangan, keluar berdua-duaan dan sebagainya. Dan, secara tak langsung, itu membuatkan segala couple-couple adalah haram dengan serta merta. Well, adakah ianya benar?

Well, ramai orang kata yang couple tidak dinyatakan dalam Quran dan Hadis. Tapi adakah bila sesuatu perkata tidak dinyatakan dalam Hadis dan Quran, ianya adalah haram dengan serta merta?

Couple ni umpama nasi. Adakah nasi itu haram? Tak. Nasi tak haram. Tapi, jika dalam nasi tu, aku campurkan dengan sedikit lemak babi. Adakah ianya haram? Ya. Dengan itu, adakah anda membuat conclusion dengan berkata setiap nasi adalah haram? Tak. Nasi atau makanan adalah haram bila ia dicampurkan dengan makanan haram. Begitu jugalah dengan couple. Ianya benda yang tak ada apa-apa pun. Dan ianya menjadi haram jika perilaku orangnya yang membuat benda-benda haram.

Sama seperti berkawan. Ingat tak dulu ada beberapa kes yang seorang pelajar perempuan sekolah menengah yang kantoi buat seks dengan kawan dia. Adakah itu menjadikan berkawan itu haram?


Orang berkata, "Kalau mula-mula couple, lambat laun mesti nak pegang-pegang kan?"
"Lambat laun, mesti kau akan keluar berdua kan. Dan etc.

Bercouple dan bertunang (style zaman sekarang) adalah tidak haram. Yang harammnya, apa yang anda buat ketika couple dan  bertunang. Bercouple dan apa yang anda buat ketika bercouple adalah dua benda berbeza. So, try faham kan. Zaman nabi, orang bertunang sebab nak mengenali. Tapi zaman sekarang, orang bertunang sebab nak bagi mudah berdua-duaan.

[Tambahan] Perihal Zina Hati. Ramai yang berkata merindui dan mengingati seseorang adalah termasuk dalam zina which is zina hati. Tetapi, ianya salah. Zina hati bermaksud bila anda meninginkan seseorang dari sudut nafsu berahi.Bak kata penulis tu, Islam tak semudah itu nak menghukum seseorang yang merindui dan mengingati pasangannya.

And lastly, sumber yang paling kukuh pasal isu halal haram couple, aku ambil dari IslamGrid which is hak milik penuh JAKIM dan beberapa agensi lain.
Soalan : Salam, saya mendapat email penuh dari rakan menceritakan tentang hukum bercinta / couple. Soalannya, adakah benar bercinta itu haram? Bukan kah perasaan ingin disayangi dan dikasihi itu suatu fitrah bagi manusia sendiri? Saya harap pihak tuan menghuraikan persoalan ini dengan selengkap supaya mudah saya menjelaskan kepada saudara-saudara seislam kita yang lain.

Jawapan : Harus bercinta dengan seseorang dengan syarat menjaga batas-batas pergaulan dan aurat. Di larang bergaul secara bebeas antara lelaki dan perempuan kecuali jika di temani mahramnya dan menutup aurat serta menjada bahasa ketika berkominukasi di antara lelaki dan perempuan. Salah satu golongan yang mendapat perlindungan dari Allah SWT di akhirat adalah orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah SWT. Yang di maksudkan dengan mencintai seseorang kerana Allah adalah cinta yang mengandungi unsur-unsur berikut ;
  1. Mencintai seseorang iklas kerana Allah tanpa kepentingan apa-apa. 
  2. Menyintai seseorang tidak menagtasi Allah, Rasul dan kedua Ibubapanya. 
  3. Tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak
 "Cinta umpama air yang suci. Bersih dan kotonya air itu adalah bergantung kepada bekas air itu di tuang.". Begitu juga dengan bercinta. Ianya adalah benda bersih. So, jangan kotorkannya dengan perbuatan korang yang gedik-gedik, pegang tangan dan benda-benda pelik. 


jadi hiasilah cinta yang suci sebaiknya...! :)



xpuas hati..??boleh muntah kat shoutmix dan tanye aq hahaha...atau nak lebih lanjut sila tekan SINI....

No comments: