Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Tuesday, 4 June 2013

Apa Yang Menjana Kepenggunaan; Permintaan Atau Bekalan di Pasaran?

Bekalan bermaksud suatu barangan yang dibekalkan bagi menjalankan sesuatu aktiviti, program ataupun projek. Bekalan merangkumi bekalan habis guna seperti makanan, minuman, pakaian dan harta tetap (boleh alih) seperti alatan makmal, alatan saintifik, kelengkapan pejabat ataupun pembelajaran dan komputer. 

Wikipedia pula menyatakan bahawa sebuah barangan adalah sebuah produk yang boleh digunakan untuk memuaskan kehendak atau keperluan. Lebih teliti tapi biasanya, satu barangan adalah produk fizikal ketara yang boleh dibezakan dengan sebuah perkhidmatan yang tidak ketara. Oleh itu, ia boleh dihantar kepada pembeli dan pemilikan penjual kepada pembeli.

Keperluan membentuk kesedaran dalam kalangan para pengguna demi memantapkan ekonomi negara adalah satu agenda yang berkepentingan tinggi dalam usaha kerajaan untuk melaksanakan suatu aliran “Pengguna Perkasa”. Jika pada suatu masa dahulu, penjual, pembekal atau pun pengilang boleh bertindak menaikkan harga sesuatu barangan di pasaran terutamanya apabila menjelang sesuatu musim perayaan mengikut suka hati mereka, hari ini dengan kesedaran dalam kalangan pengguna khususnya bahawa kekuatan sebenarnya berada dalam tangan pengguna sendiri, keadaan-keadaan seperti ini telah semakin berkurangan. Kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini, jika tidak dibendung dengan berkesaan akhirnya akan membahayakan ekonomi negara dan akibatnya masyarakat juga yang akan menanggung rugi.

Apabila kita menjual barangan yang diperlukan oleh pengguna,ini dapat meningkatkan permintaan dari para pengguna sebagai contoh , telefon pintar dan tablet . Satu laporan baru-baru ini mendedahkan eksport Malaysia meningkat 3.3. peratus pada November berbanding dengan bulan sama tahun sebelumnya kepada RM58.67 bilion dan salah satu barang eksport yang mendapat permintaan dari para pengguna adalah telefon pintar.

Bekalan di pasaran juga dilihat semakin memenuhi ruang dan tempat. Jika di bandingkan sekarang dan dahulu perbezaannya begitu ketara kerana bekalan barangan ini terdapat di setiap corot pelosok dunia. Di negara kita Malaysia sendiri,dapat dilihat bahawa kawasan - kawasan yang berada di pendalaman dulunya kini sudah terdapat sejumlah kepenggunaan yang tinggi. Peningkatan dalam jumlah yang banyak ini disebabkan oleh jumlah permintaan masyarakat pada hari ini.

Selain daripada itu juga, bekalan hari ini bukan saja tertumpu kepada aspek barangan sahaja bahkan ianya juga turut menghubung kepada rangkaian bekalan tenaga elektrik dan air. Manusia hari menggunakan sumber ini untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka sekaligus mempertingkatkan kepenggunaan di tahap yang lebih tinggi. Oleh itu kesimpulan yang dapat ditulis disini adalah faktor utama apa yang menjana kepenggunaan sudah pastilah permintaan daripada orang ramai.

No comments: