Ensiklopedia Doktor Chenta

Tuesday, 1 January 2013

Peperangan Bermula


ramai yang update status dan blog terutamanya pelajar sekolah , semuanya pakat malas nak pergi sekolah , malas nak balik asrama . bukan senang nak ke sekolah ni , berkorban meninggalkan bantal busuk . rindu pula detik2 indah ketika cuti sekolah .


1/1/2013 adalah tarikh peperangan untuk semester kedua buat chenta . lepas ni chenta jadi transformer balik la , jarang update blog dan kadang2 online facebook . biasalah a.k.a mahasiswi kena pasrah dengan subjek dan kerja projek bagai tu . masuk 1 kisah , kena balik asrama , yang ni lembik ni . rasa nak bawak je viva kesayangan chenta tu, senang berulang tak payah stay kat asrama tu tapi apa boleh buat bila mak cakap 

"ah,tak payah . jauh tu . nanti apa2 hal susah . lepastu mula la orang sibuk belajar dia menggatal pergi jalan"

hahaha , kaki hangout? itu lah doktor chenta . daddy dah kasi kereta kenapa tak nak guna kan ? 

chenta makin jelez bila kawan2 chenta dah naik angin shahwat study tu . chenta takut sangat ketinggalan sebab kawan2 chenta bukan study berjam-jam pun tapi skill study diaorang yang mantop tu cukup untuk meningkat tahap ingatan termasuk menindas chenta.oh tidak sama sekali~


siap post gambar peta minda untuk sem 2 tak tahan ni . kawan chenta memang tak boleh bagi cuti sebab bagi kami " cuti bukan untuk rehat tapi untuk pulun ilmu habis2 an" . yeah~ masa cuti lah kiteorang akan fight untuk study . orang cuti sem1 enjoy but kami tidak , ready for the next sem itu trend kami .


musuh ketat adalah best student . sebab tu matlamat besar kami adalah "wanna beat Abu" . siapa Abu ni ? full name Abu Hasan Ashaari merangkap mahasiswa terbaik , memang panas dan bara je hati ni . 

demi kejayaan perlu lah berkorban segalanya <cewah,sajak tunggang langgang> . ada masa chenta akan online fb dan update blog kesayangan chenta . doakan chenta dapat menempuh peperang semester 2 :'D

::selamat kembali ke sekolah buat adik2 bagi sesi 2013::

No comments: