Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Wednesday, 1 February 2012

aku rindu padamu....

fuh2....oh cayum kredit low larh..rindu tak tersenarai rasanya bila teringatkan my wink2 tuh hehehe.....
biase la feeling rindu tuh kan,sape2 yang feeling sama macam saya angkat tangan laju2!! hahaha!!

siapa tak kenal cik eiyqa jiwang karat..asal rindu tulis puisi..asal rindu reka madah yang berbunga... my wink2 tahu lah cik eiyqa ni macam mana orangnya....jiwang dan romantis gituh hahaha!

werk~ (ko ni demam ke eiyqa?)

okaip ni salah satu ayat cintan yang eiyqa menyonteng sana sini....memang lah tak sepower puitis penulis atau penyajak terkenal tapi sekurang-kurangnya kita boleh mencuba..ye dak..?? :D

hati ini menyanyi
nada gelisah sendiri
irama asyik terurai
bagai tak terlepaskan rantai
persis musafir terdampar di pantai

rupanya masih sedar selubung rindu
hirisan yang nyata sungguh nyilu
dibuai hembusan angin pilu
sepi lagi tapi kali ini tak berlagu

lambaikan pada bulan
bertanya khabar indah
mengenang warna-warna nostalgia
yang membisikkan kerinduan

aduh terkapai-kapai pada bisikan ini..
hahaha! so macam mana...? not bad larh kan.....korang pun boleh juga rajin2 kan otak curahkan idea untuk tarik hati pasangan korang tu yer hehehe...chill~~

*cik eiyqa tengah rindu sebenarnye ni..thanks kpd reader yang memahami taw :))

ok enough2 untuk feeling cintan citun cik eiyqa nih..hadoi....
sekarang cik eiyqa nak share kan something kat korang and mungkin boleh dijadikan pengajaran buat renungan semua :))

menulusuri pesanan Amirul Mukminin Sayidina Umar R.A :


 orang yang banyak ketawa akan menyebabkan kehebatan dirinya berkurang...
jadi waspada lah terhadap diri sendiri...janganlah korang ketawa berlebihan sampai tak ingat dunia pula...

 orang yang suka bergurau akan dipermainkan disebabkan gurauannya itu
lebih2 lagi gurauan yang tidak berfaedah...kebanyakkan gurauan yang tidak berfaedah ini boleh menyebabkan pergaduhan kerana tidak kadang2 kita tidak menyedari bahawa guraun itu mengguruskan hati orang lain

 orang yang banyak bercakap akan menyebabkan kesilapannya bertambah
bukan jadi pendiam tapi bercakaplah benda yang berfaedah...kalau mulut korang asyik bercakap benda yang maki hamun,berbual kosong,bukankah itu menambah dosa korang saja..

 orang yang sentiasa silap pula akan mengurangkan malunya
tak dapat dinafikan sebagai seorang manusia kita tidak akan pernah lari dari kesilapan..tetapi kalau kesilapan yang sama tetap berulang banyak kali bukan kah kita akan merasa biasa dengan kesilapan tersebut dan tidak berasa malu lagi..kesilapan boleh di ubah!

 orang yang kurang malunya akan kuranglah sifat waraknya
ini realiti zaman sekarang..mulut cakap perkara yang bukan-bukan,dedah aurat sana sini,yang pakai tudung pakai baju ketat2..dimanakah sifat malu itu?

 orang yang kurang sifat waraknya maka hatinya telah mati
nauzubillah...bila hati sudah mati maka kita sudah tidak dapat membezakan antara dosa dan pahala.. semoga Allah memelihara hati kita semua..ameen...

^^ renung2kanlah dan berfikir sejenak.. :))

No comments: