Ensiklopedia Doktor Chenta

Sunday, 29 January 2012

tips untuk melupakan bekas kekasih

Hi guys. First of all, terima kasih kerana banyak menghantar komen-komen di posting-posting blog ini. Setiap hari ada je yang hantar komen yang membina, nasihat dan tak kurang juga yang berkongsikan masalah cinta mereka.
Kerap juga saya menerima pertanyaan bagaimana untuk lupakan si dia, lebih-lebih lagi si dia adalah cinta pertama anda.
Teman-teman sekalian, cinta pertama memang cinta yang terindah sekali. Di saat kita masih ingin mengenali apakah erti kehidupan ini, hati kita terbuka untuk jatuh mahupun menerima cinta yang mendatang. Masihkah anda ingat perasaan anda ketika itu?
Namun, hidup ini seperti roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Cinta yang indah akhirnya berakhir dengan kekecewaan. Kepada yang sedang mengalami kekecewaan cinta kali pertama, maka artikel kali ini adalah untuk tatapan anda.
Kisah sedih tidak akan berakhir dengan kesedihan sahaja. Kekecewaan anda boleh diubati dengan masa yang berlalu dan perubahan pemikiran anda serta situasi di sekeliling anda.
Di bawah adalah antara langkah-langkah tindakan yang boleh anda lakukan untuk melupakan bekas kekasih cinta pertama anda.

1. Hapuskan Si Dia Dalam Hidup Anda

Si dia dah keluar daripada hidup anda. Tetapi anda masih di dalam hidup anda sendiri. Lupakan terus dia. Putuskan segala komunikasi dengan si dia, buang jauh segala benda dan perkara yang akan menyebabkan anda mengingati si dia. Sentiasa ingat cinta anda telah berakhir, tetapi hidup anda baru sahaja bermula. Ketahuilah, berakhirnya cinta anda ini bermakna, Tuhan ingin memberi ruang dan peluang yang lebih baik bagi anda.  Go for it!

2. Hargailah Perasaan Anda Dan Luahkan Dengan Seadanya

Selalunya dalam keadaan begini, kita akan cenderung untuk menyembunyikan perasaan kita. Kita berpura-pura menjadi tabah dan kuat, sedangkan hati anda sedang meraung tangisan luka yang dalam. Sebenarnya, tidak salah untuk anda menangis. Laluilah saat ini dengan semula jadi tanpa pura-pura dan takutkan orang di sekeliling anda. Semakin anda menyedari realiti dan menyelami perasaan anda mengenai berakhirnya cinta anda ini, semakin cepatlah anda boleh melupakan cinta lama anda.

3. Ketahuiah Keadaan Akan Menajadi Lebih Baik

Mulakan dengan mendengar lagu-lagu sedih. Nampak seperti nasihat bodoh, tetapi inilah yang saya lakukan ketika saya dikecewakan dulu. Dengan mendengar lagu-lagu sedih, saya akhirnya sedar bahawa bukan saya seorang yang sedih di dunia ni, ramai lagi insan yang lebih malang. Ketika itulah saya boleh melihat masa depan yang cerah bagi saya. Saya bangkit. Anda pun boleh bangkit!
Itulah tiga tips ringkas bagaimana untuk melupakan bekas kekaksih cinta pertama anda. Sebenarnya banyak lagi yang saya boleh bagi, tapi cuma untuk tatapan ringkas anda, ini sudah memadai sebagai permulaan.
Belajar ilmu dan skill baru. Anda banyak masa sekarang berbanding ketika anda asyik berkepit dengan si dia dulu. Luangkan masa untuk memperbaiki diri anda secara dalaman dan luaran. Tingkatkan penampilan anda. Cuba gaya rambut baru, fesyen baru dan minyak wangi baru. Terserah kepada anda. Yang penting, situasi yang lebih baik sedang menanti anda untuk menggapainya.

No comments: