Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Sunday 29 January 2012

7 soalan yang perlu dijawab ketika memilih pasangan

Tanya Diri Anda 7 Soalan Emas Ini

Sebelum anda membuat keputusan drastik, jawab soalan berikut untuk mengetahui adakah si dia betul-betul JODOH anda.
  1. Bolehkah aku hidup dengan dia sepanjang hidupku? Bagaimana gaya hidupnya sekarang? Bolehkah aku membawanya sekali untuk keramaian keluarga aku? Macam mana pula dengan jenis rakan pergaulannya, bolehkah aku turut serta bercampur dengan mereka? Adakah keluarga aku akan melihat dia sebagai pilihan hatiku yang sebenar (perfect man)?
     
  2. Bolehkah dia membuat hidupku lebih senang? Kita memilih pasangan untuk berkongsi dan mencapi matlamat bersama, bukan untuk menjadi seorang ‘pegawai bank’, emak dan pembantu kepada matlamat dirinya yang bertentangan dengan prinsip hidup anda.
     
  3. Adakah dia mempunyai masa depan? Saya bukan suruh anda pilih yang kaya sahaja, tapi sekurang-kurangnya ada POTENSI untuk menjadikan hubungan anda ‘hidup’. Jika dia sekarang masih tinggal bersama ibu-bapanya dan tidak bercadang mencari kerja, kemungkinan besar dia akan meneruskan perbuatannya dengan anda di dalam hubungan anda kelak.
     
  4. Adakah dia mempunyai ‘isu’ yang menghalang dirinya dari memberi 100% kepada aku? Pernahkah dia terluka oleh bekas pasangannya dan sekarang dia membenci wanita? Pernahkah dia mengalami penderaan seksual sebelum ini yang membuatkannya trauma terhadap perkara tertentu? Lihat, hubungan anda seharusnya MUDAH. Semakin pasangan anda bersedia memberi dan menerima anda sepenuh hati, semakin bahagialah hidup anda.
     
  5. Adakah dia membuat aku tertarik secara intelektual? Kadangkala, kita TIDAK berasa selesa bila berkongsi dengan pasangan kita yang kita pandang rendah. Kita hendakkan pasangan yang boleh ‘masuk’ dan turut serta di dalam perkara yang kita suka seperti perbualan tentang perkara kegemaran anda.
     
  6. Adakah dia memahami keperluan emosi aku? Sesetengah insan, kebiasaanya lelaki agak sukar untuk memahami keperluan emosi sesorang dan dalam masa yang sama berasa terasing dengan emosi dirinya sendiri. Jika anda tahan dengan insan sebegini tidak apa. Sebaliknya, jika anda memerlukan sesorang yang memahami anda, kriteria ini amat penting di dalam keputusan anda.
     
  7. Adakah aku tertarik secara seksual dengan dia? Sedarlah, hubungan yang kukuh didirikan oleh beberapa tiang dan salah satunya adalah hubungan keintiman. Segala memori dan kenangan indah boleh dimusnahkan oleh pemberontakkan keperluan batin anda. Ingat, ia juga satu keperluan semula jadi anda.

No comments: