Ensiklopedia Doktor Chenta

Friday, 8 September 2017

Wanita Dan Kecantikkan Itu Berpisah Tiada

Secara jujurnya aku memang jahil bab-bab makeup ni. Setakat makeup cincai celup-celup tu boleh lah tapi kalau nak bandingkan aku dengan budak musically form 3 seriously ibarat langit dengan bumi. Nak-nak part kening,sampai mati pun aku tak reti nak lukis kening sendiri. Asal aku try and error je terus rasa macam kening atok shinchan. Jadi sebelum ada yang kena strok tahap 4 akibat melihat muka aku yang tak waras tu baik aku tak payah buat.

Even aku jenis tak suka makeup tapi dari segi penjagaan dalaman dan skincare memang aku ambil berat! Kalau bab makan,mesti nak makan ulam macam ulam raja,pegaga,manjakani,lada hitam. Air rebusan jamu wajib buat sebulan sekali.Ais memang aku tak minum dan makanan segera pun aku kurang sangat-sangat. Pada aku sebagai seorang wanita, kesihatan dalaman memang sangat penting terutamanya bila datang bulan. Memang aku siap bertungku bagai haha. Kalau tengok dalam almari aku memang bertimbun-timbunlah body scrub, mask, serum, face oil, foot soak,lipbalm dan banyak lagi tapi part ni memang aku sangat teliti. aku akan pastikan ianya organik dan selamat digunakan. Sebelum beli memang aku cek kandungan dia satu persatu! Pada aku, hidup kena selalu positif,elak stress, jaga makan dan rajinkan diri unruk bersenam. Bersenam ni penting selain daripada nak fitkan body, bersenam juga salah satu petua untuk kekal awet muda. Barulah umur 30 orang nampak macam baru sweet 19. Lagipun kalau tak bersenam, penambahan toksik dalam badan akan berlaku so perut akan buncit, badan lesu dan yang paling sedih akan beri kesan pada usia 30an keatas nanti. Baru umur 30,40 tapi badan dah sakit-sakit,semput. macam mana?
 
Jadi kalau ada girls kat luar sana yang kata dia tak makeup sebenarnya dia menitik beratkan penjagaan lain. Cuma pada aku, aku tak suka makeup sebab aku rasa heavy gila! Tambah pulak kosmetik sekarang banyak letak bahan chemical even bedak baby johnson tu pun ada artikel mengatakan ianya bahaya. Cukuplah penjagaan dalaman kerana kecantikkan itu semestinya bermula dari dalaman, gitchuuu. Lagipun aku ni memang jenis semua nak cepat.

Tapi kalau part lelaki kan, Aku minat juga lelaki yang jenis jaga skin ni tapi jangan lah melampau kan. Cukuplah muka tu nampak bersih,rambut kemas dan penampilan tu dijaga rapi. Aku jenis suka lelaki yang kaki gym means body ada cutting dan pakai baju fit. terletak la kat body. muat-muat je,bukan serebeh. baju mestilah digosok kemas. Tak tahu lah kenapa aku suka lelaki macam tu. sebab selalu tengok budak-budak lelaki masa aku training polis dulu kot haha. fit, segak dan kemas :)


No comments: