Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Saturday 13 April 2013

Don’t complain,just work harder!


Assalamualaikum ! nampak kesibukkan terserlah disitu ?makin hari makin sibuk , almaklumlah exam pun dah nak dekat, semester 3 pun dah nak dekat . nak tak nak kena paksa diri even malas sekalipun kena buang jauh2 !

Sebenarnya dalam hidup ini bukan senang untuk kita berjaya tapi ingat , bukan mustahil untuk kita berjaya ! tak perlu nak sibuk banding kan diri dengan orang lain

"yelah,kau bijak,aku ni apa lah sangat"
"kau kaya takpe,boleh beli buku rujukan banyak2!"

tak guna kalau selalu bandingkan diri dengan orang lain walhal setiap manusia mempunyai potensi besar untuk berjaya ! Nik Nur Madihah pelajar yang berjaya mendapat 21A dalam SPM bukan lah anak orang kaya . belajar ditengah malam hanya bertemankan lampu minyak tanah , rumah sempit , tiada meja study sendiri,nak beli buku takde duit tapi hanya mampu pinjam buku di perpustakaan, nampak? ada lagi yang lebih susah dari kita . apa yang membezakan kita adalah usaha kita ! adakah releven usaha kita dengan target kita nak dapat straight A dalam exam? Nadiah Amirah pelajar terbaik SPM tahun 2006 yang berjaya mendapat 18A dalam SPM , tiap2 hari dia hanya tidur 3-4 jam sahaja . bangun pukul 3 pagi , buat qiamulail dan terus study ! ye memang mengantuk ! tapi semangat kena kuat , kena kuat lawan nafsu ! bukan senang untuk berjaya , usaha kena luar biasa baru menghasilkan kejayaan yang luar biasa.

Allah telah berfirman dalam surah Al-Insyirah "setiap kesulitan pasti ada kemudahan !" ini adalah janji Allah dan janji Allah itu pasti ! tiada kejayaan datang bergolek tanpa kesulitan . kita mampu untuk berjaya,cuma rajin dengan malas je . life dosent have to suck but DO SOMETHING ABOUT IT !

If you want to manage somebody, manage yourself. Do that well and you’ll be ready to stop managing ! checklist dan perbaiki diri . berapa banyak dah usaha kita? kita jaga tak hubungan kita dengan Allah? dengan kawan2?guru2?ibubapa? ingat ! kalau kita ada buat salah dengan orang lain , rendahkan ego dan minta lah maaf sebab tiada berkat sekiranya hidup kita penuh dengan perasaan membenci . ilmu pun susah nak lekat !  checklist hati kita adakah kita jaga hati kita dari maksiat? berapa kali kita bagi makan untuk rohani kita dengan zikir dan bacaan al-quran? hati memainkan peranan penting dalam menghasilkan kejayaan . kalau hati penuh dengan maksiat,hati akan jadi gelap ! ilmu tak lekat,nasihat pun tak nak dengar sebab hati dah keras macam batu ! Nauzubillah .

We are all self made but only the successful admit it and remember,If you don’t take a chance, you don’t stand a chance. think positive dan maju kehadapan . setiap orang tak pernah lari dari melakukan kesilapan dan mempunyai hak untuk berubah ! setiap manusia ada masalah dan ujian masing2 dan itulah sebenarnya tanda bahawa Allah masih sayangkan hamba-hambanya . Allah nak tengok , adakah kita masih mengingatinya . sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hamba-hambanya . jadi setiap kali ada masalah , minta lah petunjuk dari Allah . Jaga solat itu yang paling penting ! jangan waktu solat dah nak habis baru lah sibuk nak bentang sejadah . jangan sesekali tinggal solat ! jaga hukum syariat islam , jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dan banyakkan lah lakukan amalan sunat .

If you are willing to do more than you are paid to do, eventually you will be paid to do more than you do and  Nothing is impossible, the word itself says" I’m possible" . rajin lah dalam mencari ilmu . ilmu itu perlu dicari dan dikaji , bukan tunggu disuap ! ilmu duniawi cari,ilmu agama pun kena juga cari . tak guna belajar sampai PHD tapi jahil dalam agama sampai nak bacakan yassin untuk arwah mak dan ayah pun tergagap2 ! Allahurabbi ,Moga Allah melindungi kita dari kejahilan dan sifat lupa ,ameen .chenta pun banyak perkara yang perlu dichecklist , sama2 lah kita berjihad dalam menuntut ilmu , banyak hikmahnya , pahala pun besar . chenta minta maaf andai ada silap dan salah dan chenta doakan semoga hidup kita dirahmati diredhai oleh Allah dan diberikan kejayaan di dunia dan diakhirat Ameen . 

# It is not the strongest of the species that survive, nor the most intelligent, but the one most responsive to change ! pray for my success to get 4 flat in my exam ya hehe . chenta is the busy person right now :(


No comments: