Tuhan Tak Melihat Siapa Kita Semalam, Tuhan Melihat Siapa Kita Hari Ini :)

Monday 16 January 2012

tiada idea nak dicurahkan untuk update..??

:54: nak timba ilmu disini...? WAJIB KLIK SINI dan DISINI dulu!ambik restu dulu hehe~

Idea ?  Pernah tahu ke apa itu idea . Kalau tak pernah . Meh sini Aq nak bagitahu . hekhek =] Dalam erti yang paling sempit, idea adalah apa pun hasil pemikiran seseorang ketika dia berfikir(search dari Google je ni)
Soalan cepu 'emas' ! hewhew . Pernahkah anda terfikir dan selalukah anda memikirkan apakah yang hendak anda muntahkan di blog anda ? Err . Soalan like nerdy ! Ok . Semestinya lah kan ? Manusia mana yang tak fikirkan apa yang dia nak UPDATE dekat blog dia en ? Kecuali lah dia ni memang jenis spontan punya olang . Tanpa berfikir , terus taip sesuka hati . Tapi . Mustahil lah ! Nak buat apa pun  mesti kepala hotakk kita terkedek - kedek cari idea . Ye dak ? Macam kat bawah ni ..


 
Tiba - tiba pulak aq ada idea nak buat "Otak Berkaki" . Macam kelakar je :)

Ok . Maka , bagaimana pula "idea" ni tercipta ? Haaa . Jawabb . Jawab . hekhek . Dah . Diam pulakk . Tadi nak sangat jawab . Err . Ok , aq kasitaw je lah . Idea boleh tercipta dengan pelbagai cara ye tuan - tuan dan puan - puan . (Bajet semua dah kahwin je yang baca entry ni ) . Ok . Kakak , abang , adikk . Semua lah . hewhew.

Tapi bagaimana ? Secara ringkas ! Melalui pengalaman . Pemerhatian . Pembacaan dan juga Pendengaran . Masih terawang - awang ? Terapung - apung ? Tak paham apa yang aq bebelkan ke ? HEHE . Teruskan membaca ye :)

Ok . aq mulakan dengan pengalaman . Idea boleh tercipta melalui pengalaman . Contoh paling senang . Korang pergi bercuti . Then shoot photo sana sini . Boleh jugak dijadikan gambar hiasan dalam entry korang . Korang jatuh longkang . Cerita dalam blog . Kelawakannya boleh membuatkan orang tergelak .Idea tercipta di situ . Pengalaman apa lagi ? Korang belajar memandu . Tiba - tiba , tertekan minyak sehabis kuat . Langgar terus divider sana sini . hehe . Pengalaman lah tu . Jika diceritakan dengan baik , maka entry korang akan jadi lebih menarik tertarik kawww memang da bomb lah (!)

Sekarang , melalui pemerhatian . Kebanyakan blogger suka menaip dalam blog berdasarkan pemerhatian diorang . Apa maksudnya ye . Macam ni . Para bloggers yang suka keluar makan angin , hambekk angin , lepak sana  , lepak sini , tergolek sana , tergolek sini .. Suka sangat perhatikan keadaan di sekeliling bagi mencari idea untuk dituliskan dalam blog diorang . Terutamanya , memerhatikan gelagat manusia . Orang tengah ber-dating ? Pegang sana ? Pegang sini . Dalam diam , diorang shoot gambar senyap2 ! Buat entry . AH(!) . Korang pernah buat macam ni ? Tak baikk tau . hehe . Kalau boleh cuba elakkan daripada mengaibkan orang lain , walaupun niat tu baik nak kasi pengajaran . Tapi , pada - padalah kan . Sampai nak kena mengaibkan orang . Tak boleh lah gitu kan ? hewhehwhew.

Seterusnya , melalui pembacaan . (haish . dah rasa macam buat folio geografi pulak dah.hihi) . Apa yang kita baca , boleh jugak dijadikan idea untuk ditulis dalam blog . Daripada magazine ? Newpapaer ? Apa jua jenis bahan bacaan . Tapi , elakkan daripada menggunakan ayat yang sejibikkk like yang tertulis dalam magazine tersebut . Kang tak pasal - pasal dituduh copykucing . hewhew . Eh(!) . Lebih baik ambik je satu petikan tu . Olah balik dengan ulasan kita sendiri . Baru lah menarik entry kita nanti =] 

Dan akhir sekali , melalui pendengaran . Shhhh ! Haaaa . Dengar tak ?aq tanya ni . Dengar tak ? hmm . "Dengar apa?" Tuu. Jiiran  sebelah rumah tengah mengumpat sana sini . kehkeh . Makcikk . Oooo Makcik .. Tak baikk mengumpat oiii ! huhu . Ok . Setiap apa yang kita dengar .. Tak kira lah daripada ibu bapa ? Cikgu ? Idea boleh tercipta dari situ jugak .
Boleh jugak ditulis dalam blog kita . Benda ni yang selalu aq buat . haha =]

p/s : Ok . Macam mana idea aq tercipta nak buat entry ini ? hehh . Tengah dok tidur pun boleh terfikir entry apa nak dikeluarkan . So .. Jadi gini lah . kahkah >.^

bagi yang menantikan posting dunia cinta dari aq PICIT SINI ! dan TERUSKAN MENGINTAI SAMPAI KE BAWAH!:h:

:47:Ok . Seperti yang korang semua tahu , tak semua jejaka tampan @ kachak sudah berpunya . Ye tak? Masih ramai lagi yang single mingle . Mungkin korang jugak salah seorang darinya . Sekiranya jawapan korang "ya!" , mesti ada yang tertanya-tanya kan , mengapa hingga hari ni , korang masih tidak bertemu dengan pasangan hidup korang tuh . Nak tahu , di mana silap korang ? Jom intai , terjah , skodeng , usha ,belek semua sebab yang Aq nak kemukakan ni :)


1 . Terlalu Jual Mahal ! 
Kebiasaannya , jejaka kachak @ tampan ni kan , agak jual mahal walaupun adakalanya dalam hati suka ! Keegoannya tersaangat lah tinggi . Mungkin dia merasakan dirinya yang terlalu di-gilai ramai . Petik je 10 jari , sekompom-kompomnya 1,000 000 orang serbu . Kononnya nak pilih yang terbaik . Ecehh . Tapi , yang dikejar tak dapat , yang dikendong berciciran :) hehehe~


2. Maintenance Tinggi 
Selalunya , lelaki kachak ini , maintenancenya tinggi ! Kalau boleh , nak je cecah bangunan Tokyo tu haa . Pakaian , Jam Tangan , Minyak Wangi , kalau boleh semuanya nakkan yang berjenama dan adakalanya mencecah berbillion ribu hengget .Takutlah perempuan untuk dekatinya . Ye tak ? Bimbang kopak duit untuk beli hadiah hari jadi . HAHA .contohnya 
MACAM NI !


3. Pernah Dikecewakan !
Oh yeah , disebabkan mereka ini sudah serik bercinta kerana dikuciwaakan , mereka lebih bahagia hidup bersendirian . Walaupun beriban orang yang datang menagih cinta , namun , masih belum dapat mengubati lukanya . Baginya , dia tidak perlu sia-siakan hidupnya dengan perempuan yang tidak pandai menghargai dirinya .


4. Mencari Pasangan Ideal 
Pipit Sama Pipit , Enggang sama Enggang . Masakan boleh terbang sama . Ye dakk ? Begitulah juga pepatah , orang tampan pastinya mencari orang yang cantik juga . Namun harus diingat bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan . Akurlah pada jodoh yang datang , ok ? :)


5. Terlalu Komited Dengan Kerjaya
 Sibuk dengan kerjaya sehingga lupa akan CINTA !Orang tampan nih , mereka selalunya fikir yang mereka mudah untuk mendapatkan CINTA pada bila-bila masa sahaja . Oleh sebab itu lah , bagi mereka , cinta sentiasa menjadi nombor 2 dan kejaya tetap nombor 1 .ahakxx! Namun , mereka lupa usia tidak menunggu kita kerana terlalu komited dan lalai dengan kerja sehingga hari in , masih sendiri lagi :)


2 comments:

Pha Is said...

saya kachak (rasanya la) dan masih single.. tapi x termasuk pon dalam senarai2 tu... hehehe

Oppa Kudin Nz said...

yang single lagi tu bukan memilih tapi memikirkan masa depan yg belom teratur. Huhu